Terkini | New

KERAJAAN NEGERI PERAK MEMUJI INISIATIF ‘PERAK BOX OFFICE’ YANG MENJANA PENDAPATAN RM70 JUTA DARI SEKTOR PELANCONGAN

KERAJAAN NEGERI PERAK MEMUJI INISIATIF ‘PERAK BOX OFFICE’ YANG MENJANA PENDAPATAN RM70 JUTA DARI SEKTOR PELANCONGAN

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak yang dikenali sebagai ‘Perak Box Office’. Disokong oleh PKP Perak dan People of Remarkable Talents (PORT), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh lima tahun.

(From Left to Right): Puan Hanim Khairuddin (General Manager of PORT) ,Mr. Shannon Lee (Chief Executive Officer of L’Univers) ,YB Dato’ Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohammed Radzi (Chairman of the Housing, Local Government & Tourism Committee of the Perak State Government), Mr. Gonçalo Vaz de Carvalho (Chief Operating Officer of PouchNation), Dr. Marieanne Davy Balle (Artistic Director of L’Univers)

Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa.


Ms. Audrey Kwan (President of the Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa)

Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan negeri ini, L’Univers dan Pouch Nation berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh bagi memudahkan para pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung. Ini termasuklah konsert, perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara triathlon.

YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi berkata, “Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.”


YB Dato’ Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohammed Radzi (Chairman of the Housing, Local Government & Tourism Committee of the Perak State Government)

Beliau menambah, “Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.

Bersempena dengan pengumuman ini, L’Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran “The UK Bubble Show”, sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang bakal mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia. Para pelancong juga akan disaji dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform ‘Perak Box Office’ kelak. Ini termasuk:

Simposium Muzik Antarabangsa
Festival Jazz Pulau Pangkor
Hari Keluarga Krismas, Gopeng
Pesta Laut, Lumut
Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia


Mr. Gonçalo Vaz de Carvalho (Chief Operating Officer of PouchNation)

Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, En. Gonçalo Vaz de Carvalho berkata, “Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan. Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia, termasuklah juadah-juadah tempatan. Walaubagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri Perak melalui solusi digital kami dan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang.”


Ketua Pegawai Eksekutif L’Univers, En. Shannon Lee berkata, “Untuk negeri yang memiliki bakat-bakat mengagumkan dan kepelbagaian budaya, ‘Perak Box Office’ bertindak sebagai pentas untuk negeri Perak dan Malaysia menonjolkan tarikan-tarikan kepada dunia. Di dalam membangunkan platform ini, kami mampu membawa lebih ramai pengunjung ke negeri Perak dan bakal mencipta peluang pekerjaan di samping mempromosikan pelancongan. Saya percaya, ‘Perak Box Office’ bakal melonjakkan Perak ke peringkat yang lebih tinggi, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa penuh dengan elemen-elemen seni kreatif dan kebudayaan yang mempersonakan.”

About L’Univers
L’univers is the upcoming creative powerhouse in Perak, which focuses on creating a sustainable ecosystem for the creative industries through the arts and culture; opening doors to global opportunities.

About Pouch Nation

PouchNATION is the #1 all-in-one cashless and guest management solution for venues and events that digitize operations using NFC wearable technology. PouchNATION is a SaaS-based platform with a global presence in South East Asia and South America.