PICO Lancar PICO 4, Set Kepala VR Serba Lengkap di Malaysia
PICO Lancar PICO 4, Set Kepala VR Serba Lengkap di Malaysia
✓ Warga Malaysia tidak lama lagi boleh mendapatkan PICO 4 dari pengedar bertauliah, TikTok Shop dan kedai rasmi PICO di Shopee dan Lazada.
✓ Rakyat Malaysia dipelawa untuk mengamati pengalaman VR serba imersif & interaktif di Sunway Pyramid dari 13 hingga 16 Oktober.
PICO 4 kini telah tiba di Malaysia. Menggandingkan reka bentuk minimalis dan teknologi tinggi, PICO, iaitu jenama realiti maya (VR) terkemuka dunia yang bertunjangkan inovasi bebas serta keupayaan R&D, menawarkan warga Malaysia pelbagai cara untuk menjalin hubungan, mengamati kehidupan dari sudut baharu dan merungkai aneka potensi yang tiada batasannya.
Berlatarkan penerimagunaan teknologi yang kian meningkat, VR telah menerima sambutan meluas dan menjadi trend dalam pelbagai industri seperti permainan video, kecergasan, dan hiburan antara lainnya. Menurut kajian, pasaran realiti maya di Asia Pasifik diunjurkan mampu bertumbuh lebih 20% dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Sektor permainan video dan hiburan juga sedang menyaksikan kenaikan mendadak dalam penerimagunaan peralatan dan pengantaramuka teknologi VR bagi membekalkan pengalaman kepenggunaan yang lebih imersif dan memuaskan.
Justeru, ia telah membuka peluang buat para pengguna untuk memanfaatkan PICO 4 untuk mengamati sebuah dunia baharu di mana pengalaman yang lebih imersif, jitu, dan menyeronokkan dapat dirasai berlatarkan aneka komponen seperti visual, audio, dan haptik yang telah menginjak ke aras yang lebih tinggi.
“Kami benar-benar teruja untuk melancarkan PICO 4 di Malaysia,” sebut Allen An, Pengarah Serantau, PICO Asia Tenggara. “Misi kami adalah untuk menghubungkan orang ramai dengan dunia yang tiada batasannya, di samping menyuntik nafas ke dalam dunia maya menerusi sebuah perkakas yang memudahkan lagi menyelesakan.
Dengan PICO 4, pengguna dapat menikmati tahap keselesaan yang lebih tinggi menerusi rekaannya yang lebih ringan dan seimbang; gambar yang lebih berkualiti dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon XR2; paparan 4K+ 90Hz dan opsyen ‘pancake’ yang membawakan pandangan bersudut ultra lebar 105° di samping sistem penjejakan 6DoF (enam darjah kebebasan); dan lebih banyak hiburan menerusi permainan dan aplikasi 6DoF natif yang boleh didapati di PICO Store."
“Sebagai set kepala VR serba lengkap yang pertama diperkenalkan secara rasmi di pasaran Malaysia dan yang didatangkan bersama pasukan khas di Malaysia, agen-agen rasmi, dan rakan-rakan kongsi runcit arus perdana, kami ingin membekalkan orang Malaysia sebuah pengalaman VR yang tiada bandingannya dan memacu pembangunan industri VR di Malaysia, lalu membantu para insan di sini dan seluruh dunia mengamati bersama sebuah realiti yang tiada batasannya menerusi VR,” tambah beliau.
Roadshow
Mulai 13 Oktober hingga 16 Oktober, orang ramai boleh mengunjungi Orange Concourse di Sunway Pyramid untuk merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan oleh PICO 4. Menerusi peranti tersebut, pengunjung boleh menonton sebuah filem pendek dengan visual berdefinisi ultra 4k dan audio spasial binaural, serta meluahkan kreativiti mereka dengan melukis di atas kanvas menggunakan unit kawalan PICO 4.
Pengunjung turut boleh mengamati permainan video dan aktiviti kecergasan VR serba imersif menerusi keupayaan spasial 6DoF serta respons haptik yang realistik dibekalkan oleh unit kawalan getaran HyperSense.
Pengunjung juga digalakkan untuk mengongsi gambar kreatif masing-masing dengan kapsyen berkenaan pengalaman VR mereka di media sosial berserta tanda pagar #PICOXR, #PICO4, dan #MY1stVR. Peserta dengan kapsyen dan gambar yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.
Setiap hari, slot waktu bertempoh 45 minit akan dibuka pada jam 12 tengah hari, 3 petang, dan 6 petang untuk membolehkan pengunjung bersaing dalam aktiviti sukan maya seperti tenis, golf, damak (darts), memanah, boling, tinju, atau badminton untuk berpeluang memenangi baucar eksklusif. Peserta dengan markah tertinggi setiap hari dari Jumaat hingga Ahad juga akan berpeluang untuk membawa pulang seunit PICO 4.
Harga dan Ketersediaan
PICO 4 dalam varian 128GB dan 256GB masing-masing boleh didapatkan pada harga RM1,699 dan RM1,999 mulai 12 Oktober di outlet-outlet wakil pengedar PICO iaitu Impulse Gaming, Thunder Match, and Urban Republic serta kedai rasmi PICO di Shopee dan Lazada, termasuk di TikTok Shop dan menerima peranti mereka pada 14 Oktober.
Pengguna yang membuat pembelian awal dari tarikh 12 hingga 16 Oktober juga dapat menikmati diskaun sebanyak RM100 bagi peranti tersebut.
Untuk meraikan pelancaran PICO 4 di Malaysia, PICO juga akan menawarkan pengguna yang membuat pembelian antara sekarang hingga Januari 2023 empat permainan percuma untuk memulakan perjalanan VR mereka. Ini termasuk All-in-One Sports VR, Down The Rabbit Hole, OhShape dan After The Fall.
Semua peranti PICO akan diedarkan oleh Rainbow Distribution Sdn Bhd, iaitu wakil pengedar rasmi PICO. Untuk maklumat lanjut mengenai PICO 4, sila layari laman sesawang rasmi PICO.