Sasuke Outlet Bekerjasama Bersama Syria Care Menjadi Hab Pembelian Dan Pengumpulan Pakaian Sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
Sasuke Outlet Bekerjasama Bersama Syria Care Menjadi Hub Pembelian Dan Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Bagi Projek 'Warm Their Winter' Sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
Tahniah kepada Sasuke Outlet pusat pakaian terpakai atau 'kedai bundle' yang berganding bahu dengan menjadikan tiga cawangannya sebagai Hab pembelian dan pengumpulan pakaian musim sejuk bagi Projek 'Warm Their Winter' sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0.
Para pembeli dapat menyumbang atau memilih sendiri pakaian musim sejuk untuk dihadiahkan kepada para pelarian Syria. Mereka kini mendapatkan pakaian musim sejuk dengan harga murah dan berpatutan dan seterusnya menyumbangkan pakaian tersebut. Selain itu, mereka juga boleh menyumbangkan pakaian peribadi musim sejuk kepada Sasuke Outlet untuk diserahkan kepada Syria Care.
" kempen kali ini lebih istimewa kerana pelanggan dapat memilih sendiri pakaian yang ingin disumbangkan kepada penerima dan Sasuke Outlet berbesar hati untuk sertai misi kemanusiaan kerana kami ada kelengkapan musim sejuk yang diperlukan di Syria dan platform untuk menjadi hub perhubungan antara masyarakat dan Syria Care, Pengarah NCT Supply & Trading Sdn Bhd, Nurul Suhaida Abu Sopian,
Program membeli dan beramal ini lebih istimewa kerana pelanggan akan memilih sendiri pakaian yang disukai dan kemudian ia akan disumbangkan kepada kempen. Kami juga menyediakan sebuah kad ucapan untuk dikirimkan kepada penerima supaya dapat mengubat sedikit kesedihan mereka,”
Orang ramai boleh berkunjung ke Sasuke Outlet di Danau Kota, Kajang dan Bangi sehingga 8 Oktober 2022 bagi menjayakan projek ini. Semoga kerjasama ini dapat memudahkan lagi usaha bagi membantu para pelarian Syria menempuhi musim sejuk yang beku yang berpanjangan.
Sasuke Outlet merupakan salah satu platform untuk orang ramai untuk menzahirkan sokongan dan solidariti kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk. Antara barangan yang terbaik di sumbangkan adalah seperti baju sejuk, jaket, selimut tebal, stokin tebal, snow cap, mafla dan pakaian thermal.
Pembeli boleh menikmati promosi beli satu percuma satu khas bagi pakaian sejuk terpilih yang ingin menderma akan terus menyumbang ke Projek 'Warm Their Winter' Sempena Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web bagi projek 'Warm Their Winter' dan laman sosial mereka di : https://www.syriacare.org.my/warmtheirwinter/ dan http://www.sasukeoutlet.com/
Facebook : https://www.facebook.com/sasukeoutlet
Facebook : https://www.facebook.com/SyriaCareMalaysia