Terkini | New

Teater bertajuk “Adoi..Baba!” Akan Dipentaskan Bermula 14 dan 15 Oktober 2022 Bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka

Teater bertajuk “Adoi..Baba!” Akan Dipentaskan Bermula 14 dan 15 Oktober 2022 Bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka

“Hidup kena selalu bersyukur, sikit atau banyak tetap rezeki kita”

.

Bermula 14 dan 15 Oktober 2022, bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka, Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) akan mementaskan sebuah teater bertajuk “Adoi..Baba!” yang dibiayai oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Malaysia (MOTAC) menerusi Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) serta disokong oleh Bahagian Musaadah dan Pembangunan Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Naskhah adaptasi daripada karya asal Jhonie Habibie ini pernah dipentaskan buat pertama kalinya pada 2015 di Universiti Malaya. Oleh kerana “Adoi…Baba!” bakal dipentaskan di Melaka, maka persembahan kali ini disuntik dengan ‘rasa’ ala Melaka dimana penggunaan budaya, komunikasi, sosial dan seni warisannya mencerminkan landskap negeri bersejarah ini. Penyesuaian gaya komunikasi ala ‘oghang Melake’ menjadi perencah utama ditambah pula dengan kehadiran watak etnik seperti Cheti, Bibik untuk melengkapkan lagi hidangan persembahan teater “Adoi…Baba!”. Menariknya, penonton akan disajikan dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas di atas pentas sebagai latar persembahan. 

“Adoi” merujuk soal nasib, kejayaan, perjuangan serta pengorbanan berkaitan perjalanan hidup seorang pemuda kampung yang bernama “Baba”. Kisah bermula setelah Baba berjaya menamatkan pengajiannya di menara gading, percintaan Baba dan Lala mendapat tentangan dan halangan dari ayahnya, Mahmud kerana Mahmud ingin menjodohkan anaknya itu dengan Mimah, anak majikannya. Ini kerana Mahmud telah banyak terhutang budi dan wang ringgit dengan majikannya itu. Percintaan Baba dan Lala bukan sahaja mendapat tentangan dari ahli keluarga malah ianya ditentang oleh rakan baiknya, Samsul. Kemiskinan yang dialami oleh keluarga Baba membuatkan Mahmud seolah-oleh menyalahkan takdir dan ketentuan Sang Pencipta.

Pementasan ini akan dijayakan para pelakon teater terkenal - Iejat Ashari, Saifulwazien, Syahidatul Munirah, serta penampilan khas ‘influencer’ Tik Tok terkenal, Nizam Rahman dan ramai lagi. Produksi ini ditaja bersama NTDOT Win Impact Networking Sdn Bhd dan “Ruang Kita” oleh Nizam Rahman serta mendapat kerjasama strategik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, JKKN Melaka FanPage, School of Media Technology & Art (SMART), Unit Alumni Hal Ehwal Pelajar, International College of Yayasan Melaka dan Giatmara Simpang Ampat Melaka.

Penerbit : Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS)
Dibiayai oleh : Kementerian Pelancongan Seni & Budaya Malaysia (MOTAC)
menerusi Geran Sepadan Sektor Kebudayaan GSSK
Penaja Bersama : NTDot Win Impact Networking Sdn Bhd, Ruang Kita
Rakan Kerjasama Strategik : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka,
JKKN Melaka FanPage, School of Media Technology & Art
(SMART), Unit Alumni Hal Ehwal Pelajar, International College
of Yayasan Melaka serta Giatmara Simpang Ampat, Melaka

Layari laman sesawang GAS untuk maklumat lanjut :
Facebook : @Gerakan Anak Seni
Instagram : @gasmyofficial
Tik Tok : @gerakananakseni

Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi : https://forms.gle/R7eygBhX7fPHjhww7
Maklumat persembahan :
Tarikh : 14 & 15 Oktober 2022
Hari : Jumaat & Sabtu
Lokasi : Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka
Durasi : 1 jam 30 minit
Pembelian tiket : https://forms.gle/R7eygBhX7fPHjhww7
Harga Tiket : RM 15 (pelajar, kanak-kanak & OKU)
RM 25 (dewasa)