Al-Ikhsan Sports Dan Football Republic Melancarkan Kempen “World Football Festival 2022”
Al-Ikhsan Sports Dan Football Republic Melancarkan Kempen “World Football Festival 2022”
Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic melancarkan kempen “World Football Festival 2022” di IOI Mall, Putrajaya, untuk meraikan musim bola sepak yang ditunggu-tunggu yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Doha, Qatar.
Menyedari pesta bertaraf dunia ini hanya diraikan empat tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh setiap pencinta bola sepak di Malaysia.
Kali ini Al-Ikhsan Sports turut berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas untuk sebuah siri jelajah “Adidas Official Match Ball Roadshow” di lima lokasi pilihan di seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan konsumer barangan sukan khususnya bola sepak. Antara lokasi yang bakal menerima “pop up booth” kami adalah Melaka, Penang, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Encik Vach Pillutla berkata, "Sebagai peneraju barangan sukan nombor 1 di Malaysia sejak 1993 yang mempunyai koleksi Piala Dunia terbesar melalui 167 kedai kami di seluruh Malaysia, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan kempen “World Football Festival 2022” yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak negara ini. Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami”.
Antara yang menarik untuk festival kali ini, Al-Ikhsan Sports turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang merupakan rakan radio strategik bagi kempen ini. Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian tersebut dan barisan permainan santai telah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.
Penyokong bola sepak boleh memenangi jersi eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM. Nantikan pengumuman mereka. Sehubungan dengan itu, sebagai sinonimnya dengan kempen ini, Al-Ikhsan Sports turut menganjurkan sebuah pertandingan “Media Futsal Match” yang membabitkan rakan-rakan media dan rakan-rakan pempengaruh pada 8 November 2022.
Acara ini juga bertujuan untuk meraikan serta mengeratkan hubungan antara mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Al-Ikhsan Sports selama ini. Al-Ikhsan Sports turut melancarkan akaun rasmi TikTok Al-Ikhsan Sports pada hari ini. Platform TikTok ini akan menyerikan lagi kehadiran digital dan media sosial Al-Ikhsan Sports.
Para pelanggan dijemput untuk menyertai dan memeriahkan kempen “World Football Festival 2022” ini, dan sebarkan #footballmadness di seluruh platform digital. Dengan itu, kami ingin mengajak semua peminat setia kami untuk hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk sebuah pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama
Al-Ikhsan Sports dan Football Republic. Kami juga ingin menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai destinasi nombor satu untuk musim bola sepak melalui kempen ini dengan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022” kami, tambah En Vach Pillutla.
Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com