Terkini | New

KARYAWAN Santuni Golongan OKU Di Festival Seni Insan Istimewa, KL Gateway Mall

KARYAWAN Santuni Golongan OKU Di Festival Seni Insan Istimewa, KL Gateway Mall


Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez merasmikan Festival Seni Insan Istimewa 2022 (FSIKL2022) bersama wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, wakil Persatuan OKU Sentral dan wakil KL Gateway.



Festival Seni Insan Istimewa 2022 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya disokong oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan OKU Sentral bagi menyokong bakat dan kebolehan seni yang dimiliki golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Turut hadir AJK Karyawan termasuk pelakon terkenal Radhi Khalid, dan penyanyi veteran Rozita Rohaizad.





Ucapan alu-aluannya oleh Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez menegaskan penganjuran FSIKL ini telah lama menjadi impian Karyawan, dan beliau amat gembira kerana ia menjadi kenyataan.



Majlis FSIKL2022 turut diserikan dengan persembahan gendang Deafbeat OKU cacat pendengaran. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk warga OKU yang hadir secara PERCUMA seperti Pertandingan Seni Suara Idola Istimewa, Pertandingan Mewarna, Battle of the Band , klinik muzik dan juga konsert bakat seni suara istimewa.




Antara artis yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif , dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq, Dato Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad serta ramai lagi.




Festival ini telah diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi pada 30 Okt bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain dari acara kesenian , ianya juga turut diserikan dengan pelbagai bengkel dan juga seminar kerjaya yang menawarkan ruang pekerjaan kepada warga insan istimewa.




Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
KL Gateway Mall Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

#FestivalSeniinsanistimewa #FSIKL2022 #OKU #PersatuanKaryawanMalaysia #KLGatewayMall #DBKL #dboystudio #samsungs22plus