Terkini | New

Mee Kari Opah Arwaa Food Enterprise Terjual 15,000 Kotak Dalam Masa Satu Jam Menerusi Platform Tiktok

Mee Kari Opah Arwaa Food Enterprise Terjual 15,000 Kotak  Dalam Masa Satu Jam Menerusi Platform Tiktok


Tahniah kepada Mee Kari Opah Arwaa Food Enterprise yang telah berjaya mendapat sambutan hangat menerusi Mee Kari Opah viral mereka. Menerusi promosi yang terbaik dari Adhwa dan Ardell permintaan bertambah dan berjaya menjadi pilihan ramai dan menjual beribu kotak melalui media sosial platform Tiktok.


"Alhamdulillah dan syukur kepada Allah swt diatas rezki yang dikurniakan. Dan terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa support kami dari dulu hingga sekarang. Mungkin ramai tak tahu bahawa mee kari opah arwaa food sebenarnya sudah lebih 1 tahun dipasaran. Dan Alhamdulillah mendapat tempat dihati peminat mee segera di Malaysia. Mungkin kerana Arwaa food mensajikan “KEIKHLASAN” dalam resepi mee kari opah. Yang mana pelanggan dapat menikmati rasa mee kari yang sebenar tetapi dalam bentuk mee segera yang jauh lebih mudah dan cepat. Sinonim dengan peredaran zaman yang serba pantas ni. Kami cuba bawakan citarasa asli air tangan “opah” tetapi dalam bentuk mee segera, ujar Pengarah Urusan, Mohd  Ab Hadi Ab Kaderi


Mee Kari Opah mengambil masa dalam proses R&D lebih kurang 6 bulan bagi memastikan rasa dan texture mee yang kami inginkan. Disamping itu juga menggunakan mee tarik yang berkhasiat dimana menggunakan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan saffron sebagai bahan asas. Tanpa menggunakan lilin, borik acid dan lain-lain. Ianya lebih selamat dan bertambah sedap.

Perancangan Arwaa Food Enterprise Pasaran Mee Kari Opah pada 2023

InsyaAllah kita sebenarnya dah R&D lebih dari 5-6 rasa mee tarik bukan sahaja mee kari tetapi ada beberapa rasa lagi yang mana masih menggunakan konsep asal arwaa food iaitu “RASA ASLI” seperti masak sendiri. Jadi kami harap pelanggan kami stay tune dan sentiasa support arwaa food, Ujar Pengarah Urusan, Nizar Hafiz


Sebagai selebriti Adhwa dan Ardell pada permulaannya mendapat ajakkan dari 2 orang sahabat kami iaitu hadi dan hafiz untuk menerokai bidang perniagaan baru iaitu produk makanan mee segera. Setelah berhempas pulas memikirkan idea dari segi konsep dan rasa yang ingin diketengahkan. Maka terhasillah mee kari opah. Sedap dan mudah. Tag line yang kami sentiasa ketengahkan adalah “ HALAL ITU MESTI, SEDAP ITU PASTi” ujar Pengarah Urusan Nadzmi Adhwa

Sosial media adalah platform yang terbaik. Boleh dikatakan LOW COST TETAPI HIGH RETURN. Hampir 40juta rakyat malaysia semuanya terdedah dengan sosial media. Jadi tak boleh disangkal lagi ianya merupakan platform yang terbaik, tambah Pengarah Urusan, Nizar Hafiz lagi.


Untuk maklumat lebih lanjut lagi anda boleh membeli Mee Kari Opah Arwaa Food Enterprise di platform TikTok iaitu https://vt.tiktok.com/ZS8FR7uvR/ . Bagi mereka yang belum mencuba pastikan anda mendapatkannya segera.