Terkini | New

PIZZA HUT MALAYSIA LANCAR KERAK PIZA NIPIS INOVASI BAHARU – THE CRACKIN’ THIN CRUST PIZZA

 


Pizza Hut telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini –Crackin’ Thin Crust baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.

Sudah tentu, seseorang mungkin tertanya-tanya bagaimana sebenarnya "Crackin’ Thin Crust" berbeza berbanding dengan piza kerak nipis yang lain? Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia menjelaskan perbezaan penting ini dalam kenyataannya;


“Kerak nipis terbaharu dari kami ini terhasil dari inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran. Bayangkan kerak nipis yang anda suka, dan bayangkan ia menjadi lebih rangup dan berkeju. Kerak nipis kami dicipta menggunakan "teknologi 4K", dan dengan "4K", kami maksudkan "4KRAKKK"– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.”


“Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan - anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya, memberikan anda tekstur yang lazat iaitu lembut, cair dan rangup kesemuanya dalam satu gigitan. Kini anda boleh menikmati rasa enak yang berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna.” tambahnya.



Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut ingin menjemput semua pelanggan untuk bersama-sama menyertai cabaran 'The Crunch Challenge', yang diadakan melalui platform media sosial. Pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia
 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Iphone 14 dan banyak lagi!

Cubalah pizza “Crackin’ Thin Crust” baharu yang lazat hari ini dengan memesannya melalui Aplikasi Pizza Hut atau di rangkaian Pizza Hut berdekatan untuk dibawa pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my