The Starhill meningkatkan tawaran kesenian, budaya dan gaya di Home of The Tastemakers
The Starhill meningkatkan tawaran kesenian, budaya dan gaya di Home of The Tastemakers
Pusat tumpuan acara mengujakan
Terletak di nadi Bukit Bintang, destinasi gaya hidup definitif ini mempersembahkan tawaran jenama dan gedung konsep paling unik di bandar raya yang didahului oleh eslite spectrum, ‘KL’s Living Room’
The Starhill menghidupkan visi "Home of the Tastemakers" dengan menawarkan pengalaman anggun dengan menu tetap aktiviti-aktiviti menarik untuk menempa kedudukan sebagai neksus utama bagi kreativiti, budaya dan gaya dalam lingkaran kawasan membeli-belah terkemuka Bukit Bintang. Melengkapkan transformasi destinasi gaya hidup ikonik setinggi 7 tingkat ini, penyewa utama eslite spectrum iaitu ‘KL’s Living Room’ yang baru, telah membuka pintunya dan menyertai pelbagai jenama mewah terkemuka dan gedung konsep unik yang tidak boleh dijumpai di lokasi lain di Malaysia.
eslite spectrum Kuala Lumpur opened on 17 December with a ribbon-cutting ceremony by (L-R) Mr Ching Her Wo, Board Member of eslite Corporation; Mr Jack Lee, Chief Executive Officer of eslite Corporation; Ms Anne Hung, representative of Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia; Ms Mercy Wu, Chairperson of eslite Corporation; Tan Sri (Sir) Francis Yeoh, Executive Chairman of YTL Corporation; Dato’ Mark Yeoh, Executive Director of YTL Hotels & Properties; and Mr Joseph Yeoh, Vice President of YTL Land & Development.
Menyampaikan konsep baharu yang menerapkan hospitaliti dalam pengalaman beli-belah - yang mana pengunjung dapat merasai suasana butik yang mesra dan bersifat peribadi menyerupai keselesaan di rumah, The Starhill adalah syurga yang anggun dan halus di mana setiap sentuhan dipilih dan diatur dengan penuh rapi bagi budayawan yang arif. Menolak falsafah ‘lebih besar, lebih baik’ yang lazimnya didukung oleh pemaju pusat beli-belah, The Starhill adalah sebuah ruang beli-belah berunsur butik seluas 300,000 kaki persegi, yang mana lebih daripada 92% ruangan runcit telah disewa. Daripada jumlah berkenaan, 30% ruang yang telah disewa diambil oleh penggiat F&B.
Penampilan tersendiri The Starhill yang penuh unik diserlahkan oleh empat aras ruang beli-belah eksperiensial dan tiga aras atas dengan 160 bilik baru hotel JW Marriott Kuala Lumpur berkeluasan 60 meter persegi setiap bilik. Apabila digabungkan dengan bilik hotel JW Marriot Kuala Lumpur selainnya dan juga bilik hotel The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, bilangannya berjumlah 1,100 bilik yang dihubungkan terus dengan aras-aras beli-belah di The Starhill. Bilangan terbesar bilik hotel yang berintegrasi dalam sebuah pembangunan vertikal ini menjadikan The Starhill satu destinasi beli-belah yang tersendiri di Malaysia.
“Kejayaan The Starhill dibina berlandaskan pilihan rapi label-label unik dan gedung konsep yang tiada tandingan di Malaysia. Lebih daripada 70% ruang beli-belah kami dipenuhi oleh penawaran tersendiri ini. Fokus kami adalah untuk menawarkan pengalaman holistik yang melampaui jualan dan menjamu selera. Kami ingin menyediakan sebuah ruang tersendiri dengan rasa selesa yang membenarkan pengunjung mengasingkan diri daripada kesibukan bandar raya. Ini memperkukuhkan kedudukan The Starhill sebagai destinasi yang wajib dikunjungi di Bukit Bintang, khususnya berikutan pembukaan eslite spectrum ekoran usaha selama dua tahun bagi menyempurnakan destinasi seni kreatif dan budaya ini,” kata Encik Joseph Yeoh, Naib Presiden YTL Land & Development Bhd.
“Pembeli-belah hari ini mencari pengalaman asli yang mengukuhkan sifat hubungan komuniti dan interaksi. Kami amat berbesar hati dapat menawarkan elemen ini menerusi pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang tahun termasuk keraian seni dan budaya Rasa eslite oleh eslite spectrum yang sedang berlangsung sekarang serta acara-acara lain seperti pelancaran produk dan jenama, pengaktifan reruai jualan dan sesi perkongsian pengetahuan. Bagi memenuhi permintaan pengunjung, The Starhill juga mengalu-alukan peluang jalinan kerjasama dengan pelbagai jenama bagi memperluaskan lagi pengalaman yang disediakan,” tambah beliau.
Pengalaman beli-belah yang mengasyikkan
Pembukaan rasmi penyewa utama eslite spectrum dari Taiwan, yang menghuni keseluruhan 70,000 kaki persegi di Aras 1 The Starhill, yang dinanti-nantikan telah berlangsung pada 17 Disember lalu. Sebagai gedung utama eslite yang sulung di Asia Tenggara, ‘KL’s Living Room’ yang baru ini mengukuhkan lagi keunikan The Starhill berbanding pusat beli-belah lain, menerusi konsep perpustakaan gaya hidup yang menyempurnakan visi The Starhill sebagai sebuah kediaman untuk semua di tengah-tengah bandar raya. Menyerlahkan suasana yang selesa, destinasi kesenian dan budaya ini memaparkan pelbagai label dari Taiwan, Malaysia dan tempat lain. Ia merangkumi kedai buku terkemuka eslite dan kedai produk kreatif lain yang menawarkan rangkaian barangan serta pengalaman menjamu selera yang meluas untuk menarik kunjungan berulang daripada segenap demografik pengunjung.
Hujung minggu semasa pembukaan eslite spectrum telah menyaksikan kehadiran seramai 50,000 pengunjung. Aktiviti membeli-belah di waktu malam pada hari pembukaan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi pada 18 Disember, manakala barisan panjang pengunjung juga kelihatan sepanjang hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Sementara itu, keraian Rasa eslite akan memaparkan lebih 30 acara kesenian dan budaya yang dirancang rapi bagi memenuhi citarasa pelbagai minat, sepanjang bulan pertama operasinya.
Selain eslite spectrum, The Starhill juga mengalu-alukan kehadiran sebilangan besar jenama baru termasuk Apollo Wellness Centre, Biologique Recherche, Ivan Young, Okaju, Opera Café, Roberto Cavalli, Sonos Concept Store by TC Acoustic dan Trove. Di samping itu, pelbagai jenama antarabangsa yang hanya boleh didapati di pusat beli-belah berkenaan termasuk Audemars Piguet, Balmain, Paul & Shark, Philipp Plein, Roberto Coin, Shiatzy Chen, Stefano Ricci dan Tom Ford. Orang ramai pasti gembira mendapat tahu bahawa pembukaan butik 2XU dan New Era dijadualkan pada suku pertama 2023.
Ditampilkan sebagai pusat acara di Bukit Bintang, The Starhill memperkenalkan The Starhill Narrative – sebuah platform perkongsian pengetahuan yang membenarkan pertukaran idea bagi memperkayakan pengalaman pengunjung dan melangkaui aktiviti membeli-belah dan menjamu selera. Pada tahun 2022, platform tersebut menarik pelbagai ahli komuniti dalam pelbagai sesi perkongsian yang memaparkan lebih 20 pembicara jemputan dari Malaysia dan luar negara. Acara-acara utama termasuk sesi mendeklamasi puisi, perbincangan pelaburan mengenai mata wang kripto, perbualan mengenai kesihatan mental dan bengkel gubahan bunga lestari.
Ruang acara utama - The Starhill Piazza dan Ruang Legar Pintu Masuk (Entrance Foyer) - menjadi lokasi popular untuk pelbagai acara pengaktifan penjenamaan seperti reruai pop-up, pameran jenama serta acara pelancaran anjuran penyewa dan rakan niaga yang tertarik oleh keterlihatan jelas lokasi tersebut dari Jalan Bukit Bintang. Dengan lebih 70% ruang ditempah sehingga pertengahan tahun 2023, lebih daripada 50 acara menarik telah dianjurkan sejak langkah kawalan dilonggarkan pada tahun ini. Acara-acara terbabit termasuk Peragaan Fesyen Gelly Wee Bridal, Pop-Up Vans SK8-Hi, pelancaran Prada Paradoxe, Bulan Kopi Antarabangsa McCafe dan paparan jenama yang menampilkan kenderaan Vespa dan Lamborghini, serta hiasan Hari Krismas Franck Muller yang berlangsung sehingga 1 Januari 2023. Di samping itu, Ruang Legar Pintu Masuk telah menjadi lokasi pilihan pengaktifan jenama seperti Pop-Up Callie Mask, Yuyu Active Candy Shop, Pop-Up LUMI dan Pop-Up Chuck’sMas yang baru berakhir, yang dianjurkan bagi bulan Disember kedua berturut-turut.
Pengunjung boleh mengetahui acara-acara menarik yang akan diadakan di The Starhill pada 2023 dan pelbagai berita terkini menerusi laman Instagram https://www.instagram.com/thestarhillkl/ dan https://www.instagram.com/thestarhilldining/.