Terkini | New

BAD LAB DAN BOON SIEW HONDA RACING TEAM JALIN KERJASAMA UNTUK MEMPERKASA GENERASI BARU RAKYAT MALAYSIA MELALUI KEMPEN –‘ MAN-GINEERED FOR POWER’

BAD LAB DAN BOON SIEW HONDA RACING TEAM JALIN KERJASAMA UNTUK MEMPERKASA GENERASI BARU RAKYAT MALAYSIA MELALUI KEMPEN –‘
MAN-GINEERED FOR POWER’

BAD LAB pada hari ini telah melancarkan dan mengumumkan secara rasmi inisiatifnya yang terbaru melibatkan sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM


Dengan kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, ianya merupakan sebahagian dari misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa.


BAD LAB (Brave and Daring Laboratory), ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang juga terkenal di pasaran dunia. Ia direka khususnya untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah. 


Ciri-ciri ini menjadikannya jenama yang amat sesuai untuk jalinan kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM – sebuah entiti di bawah BOON SIEW HONDA yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun. Pengumuman ini dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama beberapa bulan di antara pihak-pihak untuk menentukan objektif kempen dan penajaan, serta mendalami peluang-peluang yang ada, samada dalam bentuk kreatif mahupun komersil.

 

Lum Chong Heng, Pengarah Komersil BAD LAB, menjelaskan, “Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama BAD LAB sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. 


Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. Selari dengan itu, BAD LAB akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”.




Sebelum ini, BAD LAB juga telah melancarkan satu pertandingan kepada para pelanggannya serta menawarkan hadiah motorsikal edisi terhad kepada pemenang. Pada acara hari ini, BAD LAB juga telah memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM, iaitu pasukan pelumba motorsikal BAD LAB. Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan betapa BAD LAB begitu komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru yang pada satu hari nanti dapat beraksi di pentas dunia.


Pelumba-pelumba tersebut adalah:
(i) Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus
(ii) Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan
(iii) Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim; and
(iv) Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim 

Menurut Zulhelmi Ahmad, Pengurus BOON SIEW HONDA RACING TEAM, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan BAD LAB untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN”.

“Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM adalah dari generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun, berbakat besar di dalam sukan permotoran dan begitu bersemangat. Pemilihan ini benar-benar menunjukkan kredibiliti serta potensi tinggi yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana ianya merupakan pemilihan khas oleh pihak BOON SIEW HONDA RACING TEAM sendiri. Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil satu hari nanti mereka dapat muncul sebagai juara di dalam kategori mereka masing-masing,” katanya lagi.

 

Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motorsikal yang bakal digunakan para pelumba, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan. Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit. 


“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil. Dan dengan BAD LAB, sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” kata Lum Chong Heng.



Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media mereka di:

BAD LAB
Instagram - @badlabco dan
Facebook - BadLabMY.

BOON SIEW HONDA RACING TEAM
Instagram - @boonsiewhondaracingteam