EIDOLON NASKHAH SERAM DAN DENDAM PERTAMA PERSEMBAHAN JULIAN CHEAH DI PAWAGAM 09 MAC 2023 INI
NASKHAH SERAM & DENDAM PERTAMA PERSEMBAHAN JULIAN CHEAH.
Eidolon Bayangan Dendam, begitu nama naskhah pertama yang sangat dinantikan pengarahnya, Don Hoe dan dipersembahkan oleh Julian Cheah Pictures (Malaysia) Sdn. Bhd untuk merasuk penonton di pawagam. Mengusung genre seram atau horror, Eidolon Bayangan Dendam akan ditayangkan pada 9 Mac 2023 di pawagam seluruh negara.
Dibintangi barisan pelakon utama termasuk Julian Cheah sendiri bersama Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My bersama penampilan istimewa Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan, Jeffrey Leong, naskhah ini diedarkan oleh Full Billion Entertainment. Bukan sembarangan seram, naskhah dengan durasi 105 minit ini mengangkat tema dendam, misteri dan hantu dalam satu persembahan yang sama.
Apalagi Eidolon sendiri membawa maksud gambaran roh atau orang mati menyuntik kelainan dalam naskhah seram sedia ada di Malaysia. Jadi apabila Eidolon digabungkan dengan perasaan dendam, tema filem ini telah masuk ke sebuah skop yang lebih luas di antara roh jahat dan perasaan dendam manusia yang memusnahkan segalanya.
“Saya sangat teruja kerana akhirnya naskhah Eidolon Bayangan Dendam siap bertemu peminat di pawagam pada 9 Mac 2023. Adalah menjadi impian saya sejak lama untuk melahirkan genre seram selepas banyak terbabit dalam naskhah pelbagai genre. Yang lebih mengujakan juga, saya dapat menghasilkan naskhah ini bersama individuindividu berbakat sama ada di belakang tabir atau di layar skrin termasuk lakon layar dan penyelia skrip. Apabila Eidolon Bayangan Dendam siap seperti apa yang saya imaginasikan, saya harap naskhah ini dapat memikat hati peminat filem seram. Eidolon Bayangan Dendam bukan naskhah seram biasa yang ditampilkan di layar kaca meski ia punya persamaan iaitu nilai seram, tetapi penyampaian menerusi kaca mata Eidolon atau gambaran roh dan sikap dendam yang akan mencetuskan kelainan tersendiri,” ujar pelakon utama dan juga pembawa naskhah, Julian Cheah
Julian juga menambah, Eidolon Bayangan Dendam bukan sahaja menjadi sejarah peribadi buat dirinya, tetapi Malaysia kerana selain ditayangkan di tanah air, beliau mensasarkan ia ditayangkan pada festival filem dunia.
“Saya mahu dunia tahu bahawa naskhah seram anak tempatan, yang antaranya menyadurkan antara sifat kemanusiaan dan mistik wujud. Ia bukan rekaan semata-mata dan ia mengikut kepercayaan serta pemahaman masing-masing. Sebab itu adalah penting jika Eidolon Bayangan Dendam ditayangkan di Malaysia seterusnya mendapat sambutan dan dibawa ke festival filem dunia,” katanya lagi.
Pendek ulasan sang sutradara memberi konklusi tentang filem ini. Kata Don Hoe, “Inside everyone hides a monster".
Kedua-duanya iaitu Julian Cheah selaku produser dan Don Hoe yang menggalas tanggungjawab sebagai pengarah mengharapkan Eidolon Bayangan Dendam akan dapat menembusi pasaran antarabangsa sekaligus membawa nama Malaysia ke mata luar.
Eidolon Bayangan Dendam yang berdurasi 105 minit mengisahkan dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran menghabiskan masa bersama dengan bercuti di sebuah rumah inap di sebuah kampung. Apa yang mereka tidak sedar adalah kediaman tersebut punya misteri yang tidak terungkap.
Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup selepas berdepan beberapa peristiwa mistik, pembunuhan, kuasa roh dan kejadian pelik hanya kerana sebuah dendam. Maka jangan terlepas untuk menyaksikan Eidolon Bayangan Dendam bermula 9 Mac 2023 ini.
INFORMASI
TAJUK: Eidolon Bayangan Dendam
GENRE: Seram
TEMA: Dendam, Misteri, Hantu
BARISAN PELAKON
Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My
TAJUK: Eidolon Bayangan Dendam
GENRE: Seram
TEMA: Dendam, Misteri, Hantu
BARISAN PELAKON
Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My
PENAMPILAN ISTIMEWA
Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan, Jeffrey Leong
PENGARAH: Don Hoe
DIPERSEMBAHKAN OLEH: Julian Cheah Pictures (Malaysia) Sdn. Bhd.
PENGEDAR: Full Billion Entertainment