Terkini | New

Kisah fantasi seram Nenek Bongkok Tiga buka tirai 2023 untuk Viu Malaysia

Kisah fantasi seram Nenek Bongkok Tiga buka tirai 2023 untuk Viu Malaysia

Pelakon akan menjalani sesi jelajah bagi mempromosi siri ini , termasuk ke Kuantan , Johor Bahru dan Jakarta , Indonesia.


Viu membuka tirai 2023 dengan siri Viu Original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga menampilkan pelakon pelakon berbakat yang diarahkan oleh pengarah terkenal , Datuk Yusry Abdul Halim , selepas kejayaan besar beliau dalam siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022 , Nenek Bongkok Tiga akan menjadi siri Viu Original pertama dengan siri jelajah di dua negara.


Selepas tayangan perdana di Kuala Lumpur pada hari ini , para pelakon siri ini akan ke Kuantan pada 10 Februari , Johor Bahru pada 17 Februari dan Jakarta pada 8 Mac . Setiap lokasi akan mengadakan sesi tayangan perdana , pemberian hadiah dan peraduan media sosial yang menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi baucar Prism + TV bernilai RM3,299 . Maklumat lanjut mengenai acara - acara ini akan diumumkan di akaun media sosial Viu Malaysia.

Encik Kingsley Warner , Pengurus Negara , Viu Malaysia , berkata , " Siri ini merupakan satu permulaan 2023 yang baik untuk Viu Original di Malaysia , dan ia terus mengukuhkan lagi momentum yang telah dibina selepas kami mengeluarkan lima siri daripada pelbagai genre pada tahun lepas . Dengan bakat - bakat baru yang mantap dan pelakon lama yang berpengalaman bersama - sama menjayakan siri ini , Nenek Bongkok Tiga pastinya menjadi kegemaran para peminat fantasi seram ! "


" Nenek Bongkok Tiga akan menjadi Viu Original Malaysia yang pertama dengan sesi jelajah , melibatkan lawatan sehingga ke Jakarta , Indonesia . Kami percaya siri ini mempunyai potensi di kedua - dua pasaran Malaysia dan Indonesia berikutan jumlah pengikut yang ramai dan populariti para pelakon yang membintangi siri ini di Indonesia , " tambah Warner .

Penggambaran Nenek Bongkok Tiga ini mengambil masa 10 minggu di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur , Selangor , Perak dan Johor . Siri ini mengetengahkan banyak hasil kerja skrin hijau , yang diambil di Iskandar Malaysia Studios di Johor dan beberapa set penggambaran yang dibina sendiri untuk mewujudkan gambaran luar biasa dalam dunia fantasi Nenek Bongkok Tiga .

Siri ini membawakan semula pengarah Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli , yang sebelum ini menghasilkan siri adaptasi She Was Pretty untuk Viu Malaysia , yang memenangi dua anugerah kebangsaan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2022 .


Nenek Bongkok Tiga mengetengahkan orang baru dan lama dalam bidang lakonan di negara ini , termasuklah Hun Haqeem , Meerqeen , Sara Ali , Syafie Naswip , Syazwan Zulkifly , Ashraf Muslim , Fimie Don , Sara Mack Lubis , Rykarl Iskandar dan ikon lakonan diminati ramai Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane. Dua episod untuk kisah seram fantasi seram ini akan ditayangkan di platform Viu pada 9 Februari , diikuti dengan satu episod baru setiap minggu pada setiap hari Khamis .



Penonton Viu yang meminati kisah fantasi seram Malaysia boleh menonton Nenek Bongkok Tiga di aplikasi Viu , yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store , Google Play , Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih , serta laman web www.viu.com .