Terkini | New

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2023

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA KINI KEMBALI SELEPAS 3 TAHUN PENANGUHANNYA.


Selepas 3 tahun penanguhannya akibat pandemik Covid-19, acara ‘KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM)’ yang memasuki tahun ke-20 pada tahun ini, telah kembali bermula pada 3hb hingga 5hb Februari 2023 dengan menyaksikan lebih daripada 140 penerjun antarabangsa dan juga penerjun Malaysia yang akan mempamerkan terjunan menarik dengan aksi-aksi mendebarkan dari ketinggian 300 meter di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur.



Sebagai ikon dan mercu tanda penting yang diiktiraf oleh dunia, pelbagai pengalaman menarik dan unik yang ditawarkan kepada pelawat. Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas ‘Sitting On The Edge', dimana pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam.



Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pengunjung dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awan dan jangan lupa untuk mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur.





Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga serendah RM149.00 bagi pemegang MyKad dan RM189.00 tanpa MyKad. Pakej ini membolehkan pengunjung menikmati akses tanpa had ke Sky Deck, t-shirt eksklusif acara KLTIJM2023 dan cenderamata eksklusif Menara Kuala Lumpur.








Acara ‘KL Tower International Jump Malaysia 2023’ tahun ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Al-Ikhsan Sports, O’Briens Irish Sandwich Café, Oasia Suite Kuala Lumpur, The Boom Bevlab (Boom+)
dan Hijrah Water.