Terkini | New

Terokai Keseronokan Bersama CoComelon Di Resorts World Genting

Terokai keseronokan bersama CoComelon tinggi di atas awan di Resorts World Genting

Rancangan hiburan #1 yang paling banyak ditonton di Youtube dan global kids’ sensation, CoComelon akhirnya tiba di Resort kami! Pengembaraan yang menarik bersama JJ dan Cody menanti kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah mulai sekarang hingga 31 Mac 2023, di Resorts World Genting (RWG) yang mempersembahkan dunia CoComelon yang sangat popular dan menghiburkan.


Pengalaman Cocomelon di RWG telah dilancarkan di Kimhua Atrium, SkyAvenue di tengah-tengah kemeriahan hari ini dengan pelancaran perarakan bas CoComelon yang pertama di mana kanak-kanak boleh bertemu dengan JJ dan Cody!


Sebagai jenama hiburan kanak-kanak paling popular di YouTube, CoComelon memperoleh berbilion-bilion tontonan bulanan dan mempunyai lebih 175 juta pelanggan. Jenama itu juga merupakan peneraju abadi pada platform penstriman utama seperti Amazon, Spotify, Apple Music, Roku dan Netflix.


“Kami sememangnya berbesar hati menjadi pusat peranginan pertama di Malaysia yang menjadi tuan rumah francais yang sedang trend dan terkenal ini sambil mengiktiraf popularitinya yang besar dan sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak,” kata Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Tarikan & Penyewaan, Resorts World Genting.


“Sebagai taman tema terkemuka dalam dunia tarikan dan hiburan bertaraf dunia, kami sentiasa menyasarkan untuk menggembirakan pelanggan kami dengan pengalaman luar biasa yang tak terlupa,” katanya. Beliau menambah, peminat CoComelon akan mempunyai masa yang hebat menerokai pelbagai jenis keunikan yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum secara global di Kimhua Atrium yang ikonik di RWG.


Sebagai permulaan, ramai yang akan kagum kerana replika JJ gergasi setinggi 8 meter yang terletak di taman permainan CoComelon yang pastinya akan menangkap imaginasi pengunjung! Terletak di antara tarikan-tarikan lain yang menyeronokkan seperti CoComelon inflatable slide, climbing inflatable dan hexagon maze, replika gergasi yang menarik ini adalah layak- Instagram. Ia digelar sebagai CoComelon JJ inflatable yang Terbesar di Dunia.

Satu lagi yang mesti lihat ialah perarakan bas CoComelon pertama di Dunia lengkap dengan penampilan JJ dan Cody sendiri!  Kanak-kanak boleh  menyertai perarakan dan buat pertama kalinya di Malaysia, peminat akan mendapat peluang untuk bertemu dengan  watak CoComelon ,JJ dan Cody.

Akhir sekali, jangan ketinggalan menyaksikan pesta audio-visual dan grafik gerakan yang meriah dan mengasyikkan iaitu rancangan CoComelon pada panel LED 360 darjah di SkySymphony  dari 10 pagi setiap hari. Pengunjung boleh menyimpan dan memperingati perjalanan mereka dengan pelbagai jenis barangan CoComelon dan barang koleksi seperti bingkai foto magnetik yang menawan, kenderaan mainan dan set permainan, papan dan buku mewarna, patung mainan lembut, set makan dan botol air di kedai CoComelon.

Peminat digalakkan untuk berkongsi detik terbaik mereka di media sosial dengan menggunakan hashtag, #FunWithCocomelon dan #CocomelonAtRWG.  Belanja RM200 dalam satu resit di kedai CoComelon untuk mendapatkan Buku Aktiviti Cocomelon yang boleh digunakan untuk menebus kemasukan ke playland. 

Pembelian stokin anti-slip pada harga RM8 adalah wajib untuk kemasukan ke playland. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke rwgenting.com atau layari https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/.