AFIAT 100 TAHUN KEKAL RELEVAN
AFIAT 100 TAHUN KEKAL RELEVAN
Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd. adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera dan memberi fokus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri.
Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd. adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera dan memberi fokus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan dan penjagaan diri.
Syarikat ini disokong oleh kilangnya yang bertaraf GMP dan telah beroperasi di negara ini dan menghampiri 10 dekad bermula dari tahun 1924. Matlamat utama syarikat ialah untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pengedaran yang efisien meliputi seluruh negara.
Produk Minyak afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin pada tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid Uda Ismail. Bermula secara kecil -kecilan beliau telah meluaskan perniagaannya ke pelusuk negara sehingga kini menghampiri 100 tahun pada tahun hadapan.
Namun baru-baru ini menerusi sebuah sidang media yang diadakan, Pengurus Besar Afiat, Abdul Raof Ahmad Zakaria berkata, pihaknya tidak mahu pengguna terkeliru kerana kini terdapat dua syarikat yang dikenalpasti menggunakan jenama, pelabelan serta identiti pembungkusan termasuk warna yang HAMPIR MIRIP produk yang diuruskan perusahaannya.
Katanya, kini terdapat beberapa peniaga yang cuba mengelirukan pengguna dengan mengaku bahawa itu adalah produk terbaharu Afiat. Abdul Raof turut menegaskan tiada produk terbaharu keluaran syarikatnya sekarang ini dan menambah pengguna kini bijak serta dapat menggunakan laman sosial termasuk di www.afiat.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai produk keluaran syarikat itu. Beliau menegaskan produk yang mirip produk Afiat dengan menggunakan labeling serta kriteria lain yang hampir sama itu, adalah BUKAN Produk Afiat.
“Buat masa sekarang, kami sekadar boleh memberi kesedaran kepada pengguna supaya tidak terkeliru antara produk Afiat dengan produk perusahaan lain,Kita dah menjangkau 100 tahun, kita tak nak disebabkan produk produk yang mirip kepada kita ini, menggunakan jenama seakan kita akan merosakkan reputasi Afiat yang kita bina selama seratus tahun di pasaran.” ” katanya.
Beliau menambah, produk Afiat mempunyai identiti tersendiri antaranya label keselamatan hologram FarmaTag TM pada produk berbotol; tulisan 'Afiat' beserta logo berbentuk lakaran imej Allahyarham Haji Panjang Kamarudin selaku pengasasnya beserta alat muzik gambus dan hanya beralamat di Kuala Kangsar, Perak sahaja.
“Alhamdulillah, kami (jualan di pasaran) masih lagi kekal bertahan, cuma kami tidak mahu disebabkan isu harta intelek ini yang mengelirukan pengguna, menyebabkan mereka silap terbeli produk lain yang disangka keluaran Afiat kerana kami juga yang akan terkena tempiasnya nanti,” katanya.
Beliau berkata, manipulasi persepsi sedemikian sekali gus dianggap sebagai cubaan memperdaya pengguna setia, selain melanggar cap dagang Afiat yang dahulunya dikenali sebagai Perusahaan Minyak Afiat.
“Kesannya bila orang datang ke kilang kita untuk menukar produk , kata ada sedikit reject ke apa, effect pada masalah kesihatan apa semua, minta ganti rugi pun ada. Sekali lagi kami nak tegaskan kat sini supaya pengguna berhati-hati dan pastikan produk itu alamatnya di Kuala Kangsar, ada logo Afiat, ada cap gambus dan menggunakan alamat di Kuala Kangsar, dan kita akan bertanggungjawab atas produk kita sahaja." Abdul Raof.
"Bersainglah secara sihat, bukan dengan memperdaya atau memanipulasi persepsi pengguna dengan menumpang populariti jenama kami yang berusia hampir 100 tahun. Kami juga perlu jaga kualiti produk serta perlu bertanggungjawab ke atas impak atau kesan yang dirasai pengguna," katanya dalam satu sidang media yang diadakan bertempat di Syarikat Afiat Sdn Bhd, Kuala Kangsar baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Urusan Afiat, Ahmad Zakaria Khalid.