ENRICHZ MENJADI PLATFORM E-DAGANG BERSTRUKTUR DAN KOMPETETIF BUAT PENGGIAT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
ENRICHZ MENJADI PLATFORM E-DAGANG BERSTRUKTUR DAN KOMPETETIF BUAT PENGGIAT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA.

Shop, Share dan Smile merupakan slogan Enrichz yang memberi kelainan melalui keuntungan berganda dalam ekosistem yang kondusif. Lebih banyak membeli, lebih banyak ganjaran diperolehi. Lebih ramai dikongsi, lebih selalu tersenyum sendiri.


Platform perniagaan dalam talian yang menggunakan konsep gabungan E-Dagang dan Rangkaian Pemarasan (Network Marketing) ini mampu menarik ramai pengguna membeli-belah tanpa sebarang kerisauan kerana produk-produk yang dipasarkan terpilih dan terjamin kualitinya.

Di samping itu, Enrichz menyediakan ekosistem yang memberikan keuntungan secara menang-menang kepada pengguna dan pembekal. Enrichz menawarkan tawaran khusus iaitu Enrichz
Earn yang mampu membantu meningkatkan ekonomi diri tanpa mengira latar
belakang pendidikan mahupun sosio-ekonomi.
Pelancaran Enrichz hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama meneroka platform E-Dagang yang akan memberi impak positif terhadap perubahan pada corak pembelian masa kini.

Pengarah Urusan Enrichz, Encik Fadzli Aziz berkata ”Enrichz bukannya platform untuk bersaing dengan platform E-Dagang yang lain, tetapi kewujudannya adalah untuk melengkapkan ekosistem pembelian yang memberi ganjaran dengan hanya membeli, berkongsi dan mencadangkan produk-produk di dalam platform kepada rakan-rakan”.



Sejurus selepas pelancaran, Enrichz bersedia menerima pelbagai penyertaan daripada pelbagai pihak yang ingin mendaftar sebagai Enrichz member (PRORICHZ). Untuk maklumat lanjut sila layari https://enrichz.com/