Terkini | New

Fattah Amin lancarkan lagu zikir eksklusif sempena bulan Ramadan

Fattah Amin lancarkan lagu zikir eksklusif sempena bulan Ramadan.


Peminat industri seni hiburan tanah air yang mengikuti perkembangan selebriti popular Fattah Amin dari dekat, tentunya tahu perubahan yang dilaluinya dari semasa ke semasa. Figura berusia 33 tahun ini memulakan langkah dalam peragaan, kemudian menggilap bakat dalam lakonan dan seterusnya melebarkan sayap dalam nyanyian pula.

Bagaimanapun bukan lagu-lagu berkonsep komersial menjadi pilihan Fattah kerana dia sebaliknya menggemari genre dakwah, ketuhanan serta memuji dan memuja keagungan Allah.



Terbaru, Fattah baru sahaja melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini adalah sebahagian daripada fokus baru Fattah dalam menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik. Lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, RabbiYassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro.

Fattah berkata, dia bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.


"Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini," katanya.

Projek ini dihasilkan dibawah jenama Masyhur iaitu label rekod dibawah Universal Music yang turut menyokong inisiatif ini.

"Keinginan kami (bersama isteri Fazura) untuk buat aplikasi dah lama wujud. Kami terdetik, satu hari kami teringin nak ada program begini.
"Disitulah bermulanya kami 'create' aplikasi Mukmin Pro. Sebenarnya saya dengan Fazura banyak plan untuk buat lebih banyak lagi selain dari features-features yang ada diMukmin Pro.


"Salah satunya Daily Zikir yang sebelum ini kita plan, waktu itu terdetik kenapa tak buat sendiri. Memandangkan saya artis Universal Music, dua lagu sebelum ini dengan mereka pun lagu ketuhanan.

"Jadi saya terfikir, dah ada features Daily Zikir kenapa tak buat zikir daripada saya dan mungkin lepas ini ada banyak lagi artis-artis Masyhur ataupun ada lagi artis-artis kat luar genre nasyid, Islamik dan Ketuhanan yang kita boleh berkolaborasi untuk kita letak dalam features Halwa," katanya.

Menurutnya, niat mereka sebenarnya tidak lain adalah untuk bagi orang tahu berkenaan kiblat, sembahyang serta benda-benda kerohanian

"Jadi, kami fikir buat sendirilah dan dari situlah saya berjumpa rakan-rakan dan mula hasilkan projek ini. Mulanya kami plan hasilkan tiga zikir.

"Zikir-zikir ini memang yang orang dah 'familiar'. Kami buat muzik baru dan arrangement baru. Dari tiga tiba-tiba jadi macam tak cukup kerana satu zikir dua minit sahaja.

"Ia terlalu sekejap sangat. Untuk itu kami tambah lagi dua. Sampailah lengkap lima track zikir dari kami," katanya.



Lagu-lagu zikir ini boleh dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadhan ini edaran Masyhur  Universal Music.

Peminat pastinya akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baru, dan dapat menghayati zikir-zikir ini untuk refleksi dan meditasi spiritual sepanjang Ramadan ini.

Aplikasi Mukmin Pro, yang dikenali dengan antaramuka pengguna yang mudah dan ciri-ciri Islamik yang boleh dipercayai, akan menawarkan trek eksklusif ini kepada pengguna semasa bulan Ramadan.

Mengenai Aplikasi Mukmin Pro
Aplikasi Mukmin Pro adalah aplikasi Islamik komprehensif yang mempunyai kompasQibla, waktu solat, pembacaan dan terjemahan Quran, serta alat Islamik lain. Aplikasi initersedia di kedua-dua platform iOS, Android dan Huawei.

Pengasas aplikasi ini, Syed Huzaifah Syed Omar, berkata, pihaknya melakukan kajian sejak 20 tahun lalu dimana ramai yang cuba menghasilkan aplikasi bagi membantu orang-orang buta ketika itu untuk mencari arah kiblat.

"Itu sejarahnya. Jadi macam mana orang buta nak cari kiblat agak sukar dilakukan. Dan sekarang ini kita dapat hasilkan satu-satunya aplikasi yang boleh membantu orang buta dan sekarang ini orang buta menggunakan aplikasi kita.

"Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga pesakit-pesakit dan juga kita lihat dapat membantu orang-orang yang berusia untuk melaksanakan ibadah assist (bantuan ibadah) dengan aplikasi kita. Jadi aplikasi kita ini fokus ditetapkan ialah membantu orang-orang yang mungkin sukar untuk menggunakan handphone.

"Ia mempunyai fungsi kiblat dengan gabungan kompas, peta, gegaran dan bunyi untuk membantu orang kurang upaya dari segi penglihatan. Dalam itu juga kita ada letakkan zikir-zikir dan ayat Quran, audio dan sebagainya," katanya.

Syed Huzaifah berkata, sejak tahun lepas ramai yang meminta supaya merekamenambah baik sistem bahagian features dan audio.

"Justeru kami juga melancarkan fungsi terbaru iaitu Halwa. Kandungan utamanya ialah Zikir dari Fattah. Dia adalah 'founder' bersama isterinya Fazura.

"Manakala saya 'co-founder bahagian teknologi. Fattah banyak bagi idea dan sebagainya. Daily zikir ini boleh didengari dalam kereta dan sebagainya," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Aplikasi Mukmin Pro
Emel: info@mukminpro.com
Laman web: https://www.mukmin.pro