FreeYond Kini Tiba di Malaysia
FreeYond Kini Tiba di Malaysia
FreeYond secara rasminya memasuki pasaran Asia Tenggara, bermula dengan Malaysia.FreeYond, sebuah syarikat teknologi konsumer yang berasal dari Shenzhen, secara rasminya telah melancarkan jenama dan produknya di pasaran Malaysia bertempat St. Regis Kuala Lumpur. Muncul dengan langkah yang gah, syarikat ini telah melancarkan lapan produk baharu dalam majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia. Langkah ini dilihat akan memperkukuhkan kedudukan FreeYond sebagai pemain utama dalam pasaran elektronik konsumer.
Berjanji untuk mendefinisikan semula arena elektronik konsumer dengan Teknologi 4.0, syarikat ini telah melancarkan dua telefon pintar baharu M5 dan F9, dua jam tangan pintar Watch S1 dan F1, dan satu set kepala True Wireless Stereo (TWS) Pods 1.
Bukan itu sahaja, FreeYond juga telah mengumumkan tiga telefon pintar yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi – M5 5G, M5A, dan F9S.
YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia berkata hari ini menandakan satu kejayaan baharu bagi landskap digital Malaysia dengan pelancaran produk mampu milik FreeYond yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia. Kumpulan B40 kini boleh memiliki produk berkualiti dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan daripada rumah boleh mendapat manfaat dalam perniagaan mereka dengan sokongan FreeYond.
“Selari dengan arah masa depan yang lebih digital, kami perlu terus mengutamakan keterangkuman dan kebolehcapaian produk dan perkhidmatan untuk semua rakyat Malaysia. Pelancaran jenama FreeYond adalah satu langkah yang betul, dan saya ingin melihat kesan positifnya terhadap ekonomi dan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya.
Pelancaran ini menjadi titik sejarah yang penting bagi FreeYond, kerana ia memperluaskan jangkauannya ke pasaran baharu dan memperkenalkan produknya dengan teknologi canggih kepada pengguna di Malaysia. Memberikan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pengguna, FreeYond berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di rantau ini menerusi produk-produk yang berbaloi dan menawan.
“Kami berasa
amat gembira untuk melancarkan jenama dan produk kami di Malaysia" ujar
Dr. Lei Yu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FreeYond. “Misi kami
adalah untuk membekalkan produk-produk yang inovatif dan mesra pengguna kepada
orang ramai di serata dunia, dan kami teruja untuk berbuat demikian di Malaysia
pada hari ini. Kami yakin bahawa produk kami akan mencetus impak positif dalam
kehidupan para pengguna.”
Perkembangan FreeYond ke rantau Asia Tenggara menyusuli penerimaan pusingan pelaburan “angel” yang telah meraih sekitar CNY 100 juta (RM64,624,380) pada Januari lalu. Pelaburan tersebut adalah dari sebuah konsortium Malaysia yang diterajui oleh Datuk Eddie Chai, seorang pelabur yang ternama dari Malaysia. Syarikat ini berhasrat untuk memanfaatkan pengaruh Datuk Eddie dalam usaha penyebarluasan perniagaannya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura.
“FreeYond telah membuktikan yang mereka mempunyai visi, daya inovasi teknologi, dan ketangkasan untuk merealisasikannya. Dr. Lei Yu dan pasukannya mempunyai sebuah pendekatan yang unik dalam arena elektronik konsumer dan komitmen mereka terhadap inovasi adalah sejajar dengan nilai-nilai yang mendefinisikan kami. Kami percaya bahawa teknologi pintar seharusnya dapat diakses oleh seluruh lapisan masyarakat, dan kami yakin dengan keupayaan mereka untuk mencetus impak yang signifikan dalam industri ini serta dalam pasaran global,” jelas Datuk Eddie.
Syarikat ini telah diasaskan pada tanggal 9 Mei 2022, di bawah pimpinan Dr. Lei Yu, bekas Naib Presiden Global di Gionee Group. Dalam tempoh kurang daripada setahun sejak penubuhannya, FreeYond telah melancarkan dua produk telefon pintar dan satu set kepala TWS. Hari ini, dalam peristiwa yang menyaksikan pelancaran jenama ini secara global dan pelancaran produknya di Malaysia, syarikat ini juga telah menyingkap tiga lagi telefon pintar yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Telefon Pintar FreeYond – M5, F9
Berharga RM 699, FreeYond M5 dibina untuk memenuhi keperluan pengguna dari sudut reka bentuk, kamera, dan prestasi melalui inovasi kreatif. Menampilkan 3 unit kamera AI yang meliputi kamera utama 50MP, kamera bersudut ultra lebar 8MP, dan kamera makro 2MP – pengguna dapat merakam gambar potret, landskap, dan layar malam dengan mudah ibarat seorang profesional dengan FreeYond M5.
Berharga RM 699, FreeYond M5 dibina untuk memenuhi keperluan pengguna dari sudut reka bentuk, kamera, dan prestasi melalui inovasi kreatif. Menampilkan 3 unit kamera AI yang meliputi kamera utama 50MP, kamera bersudut ultra lebar 8MP, dan kamera makro 2MP – pengguna dapat merakam gambar potret, landskap, dan layar malam dengan mudah ibarat seorang profesional dengan FreeYond M5.
Di samping itu, peranti ini juga mempunyai skrin 6.52 inci yang bukan sahaja mempunyai kualiti definisi dan warna yang tinggi, tapi juga keupayaan kadar segar semula bernilai 90Hz untuk membekalkan pengalaman visual yang lebih memuaskan. Digandingkan dengan RAM 8GB dan ruang storan 128GB, pengalaman pengguna telefon pintar ini akan dijamin menjadi lebih lancar. Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 18W juga bermaksud pengguna dapat mengurangkan waktu yang diluangkan untuk mengecas peranti ini.
Seterusnya, FreeYond F9 merupakan sebuah peranti yang membawakan aneka ciri dan kemudahan, dibina untuk memenuhi keperluan pengguna yang celik teknologi pada masa kini. Antara ciri utamanya ialah penawaran memori bersaiz 64GB/128GB berkelajuan tinggi, dua unit kamera – kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP, di samping bateri berkapasiti 5,000mAh untuk memudahkan penggunaan sepanjang hari.
Berharga RM399 bagi varian 2GB+64GB dan RM499 bagi varian 3GB+128GB, FreeYond F9 merupakan peranti yang sempurna bagi kegunaan kerja ataupun hiburan. Ini juga bakal disusuli dengan peranti M5 5G, M5A dan F9S.
Jam Tangan Pintar FreeYond – S1 & F1
Direka untuk pengguna yang mementingkan aspek kecergasan dan gaya hidup aktif. FreeYond Watch S1 dan FreeYond Watch F1 menawarkan pelbagai fungsi canggih yang membolehkan pengguna menjejak aktiviti kecergasan, memantau kesihatan, dan kekal terhubung pada bila-bila masa.
FreeYond Watch S1, berharga RM159, merupakan jam tangan pintar yang serba lengkap, diperbuat daripada kerangka aloi zink, dan butang kefungsiannya yang boleh disuai pula dalam material keluli tahan karat. Ia menampilkan skrin 1.39 inci dengan kaca tegar dan penarafan IP68. Baterinya boleh bertahan sehingga 7 hari berdasarkan tahap penggunaan yang ringan serta tempoh tunggu sedia selama 60 hari.
FreeYond Watch F1 pula, berharga RM119, merupakan jam tangan pintar yang menawan dengan saiz skrin yang lebih besar, iaitu 1.8 inci. Ia mempunyai penarafan IP67 dan baterinya boleh bertahan selama 5 hari berdasarkan tahap penggunaan yang ringan serta mempunyai tempoh tunggu sedia selama 50 hari.
Kedua-dua jam tangan pintar ini datang dengan tali jam silikon dan dilengkapi dengan aneka fungsi pengurusan kesihatan seperti pemantau kadar degupan jantung, paras oksigen darah, dan kualiti tidur. Ia juga mempunyai keupayaan pengurusan komunikasi yang menyeluruh untuk memastikan anda kekal terhubung dengan selancarnya, serta pelbagai kemudahan sampingan seperti lampu suluh, fungsi pengingat pengambilan air, dan banyak lagi. FreeYond Watch S1 dan FreeYond Watch F1 membawakan lebih daripada 100 mod aktiviti, serta pelbagai permainan ringkas dan wajah untuk jam tangan ini.
Set Kepala FreeYond TWS – Pods 1
FreeYond Pods 1, berharga RM89, merupakan True Wireless Headset (TWS) yang menjanjikan kebolehgunaan selama enam jam setelah ia dicas penuh, dan tempoh penggunaan selama 30 jam bersama bekas pengecasnya. Di samping itu, ia turut membawakan ciri pemerkayaan bes dinamik 12mm dengan diafragma komposit yang bersensitiviti tinggi untuk menzahirkan medan bunyi terbuka yang kaya dan jitu.
Memanfaatkan algoritma pengurangan bunyi hingar yang canggih secara AI, FreeYond Pods 1 mampu mengasingkan bunyi bising dalam persekitaran anda ketika membuat panggilan, jadi pihak yang menerima panggilan anda boleh mendengar suara anda dengan lebih jelas. Tambahan lagi, ia juga mempunyai penarafan kalis air IPX4. Oleh itu, peluh mahupun hujan tidak akan menghalang anda daripada menikmati aktiviti dan muzik kegemaran anda pada masa yang sama dengan FreeYond Pods 1
FreeYond telah membina reputasi sebagai peneraju dalam industri elektronik konsumer, mempersembahkan produk-produk yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pengguna. Syarikat ini akan menawarkan lebih banyak kemudahan kepada para pengguna sambil berpegang kepada komitmennya terhadap kualiti dan inovasi.
Produk-produk FreeYond kini ada di Malaysia melalui outlet-outlet peruncit yang terpilih. Ia juga boleh didapati di kedai e-dagang rasmi Shopee dan Lazada FreeYond bermula dari 26 Mac 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai FreeYond dan produknya, sila layari laman Instagram FreeYond Malaysia.