Terkini | New

MINAZ Blooming Raya Fashion Show Meriah Bersama Duta Terbaru lantik Layka Al Funsu

MINAZ Blooming Raya Fashion Show Meriah Bersama Duta Terbaru lantik Layka Al Funsu


MINAZ kembali mewarnai industri fesyen tempatan dengan koleksi MINAZ Blooming Raya pada tahun ini dan memilih rekaan khusus untuk golongan anak muda dengan corak polos dan klasik serta memperkenalkan Layka Al Funsu sebagai duta sempena kempen raya 2023



Pemilihan Layka Al Funsu sebagai duta pada tahun ini juga sesuai dengan corak dan rekaan yang lebih segar dan muda dan memberi fokus kepada mereka yang berkeluarga, jadi untuk tahun ini kami cuba seimbangkan dengan mempelbagaikan koleksi bagi orang muda serta ibu dan anak.



MINAZ Glooming Raya menawarkan 73 koleksi raya dengan mainan 27 rona warna, kempen raya pada tahun ini diberikan nafas baharu dengan suntikan elemen yang lebih muda agar pemakaiannya tidak hanya terhad kepada musim perayaan.

Layka Al Funsu turut menyanyikan lagu sempena pembukaan MINAZ Blooming Raya yang mengejutkan beberapa tetamu yang hadir dengan suara yang cukup merdu bersama pakaian yang cantik.



73 koleksi dalam MINAZ Glooming Raya pada tahun ini dan dibahagikan kepada beberapa seleksi antaranya untuk golongan remaja, luxe, anak-anak dan kaum lelaki. Tahun ini kami memberi fokus kepada kain chiffon, bermanik dan sedikit campuran Thai silk untuk memberi nafas baharu kepada rekaan agar lebih elegan dan vogue.



Koleksi pertama raya telahpun dilancarkan pada 3 Mac lalu dan akan dikeluarkan secara berperingkat sehingga hujung bulan Mac.Trend raya tahun ini kami memilih rekaan yang lebih selesa dan evergreen seperti kebaya labuh, baju kurung yang modest.




Namun ia disuntik dengan elemen yang lebih muda dan tidak hanya terhad kepada pemakaian sewaktu raya sahaja. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.minaz.com.my/ atau laman sosial mereka di https://www.facebook.com/minazofficialpage/