Terkini | New

PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN OKU SELANGOR EDISI KEEMPAT

RAJA MUDA SELANGOR PERKENAN MENOBATKAN EMPAT USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA SEBAGAI IKON USAHAWAN OKU DAN USAHAWAN OKU HARAPAN SELANGOR PADA PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN OKU SELANGOR EDISI KEEMPAT


Seramai 4 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU dan Usahawan OKU Harapan negeri Selangor oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang telah berjaya diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.


Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) pada kali ini telah memasuki edisi keempat merupakan inisiatif ini telah dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY) sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor.



Menariknya pada edisi kali ini,usahawan OKU pekak dan bisu turut menyertai dan menunjukkan potensi yang hebat seperti usahawan OKU lain. Dengan dibantu oleh Jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan membuktikan mereka mampu dan ingin keterhadapan seperti yang lain.


Objektif utama Baginda adalah untuk mempromosikan keterangkuman dalam kepelbagaian danusaha untuk mengubah ekosistem usahawan OKU untuk terus kekal mapan dalam sektor ekonomi. Program ini juga telah ditaja oleh Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar, dan Pembangunan Usahawan yang diterajui oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail. 


Program ini juga dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang membantu dari segi menyalurkan peserta OKU dan rakan kongsi.


Selain itu juga, terdapat beberapa kriteria pemilihan peserta iaitu:
● Pemegang kad Orang Kurang Upaya(OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
● Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun
● Menjalankan perniagaan di negeri Selangor

Program SAY LEAD edisi keempat ini telah berjalan seramai 20 peserta sejak Oktober 2022 untuk menjalani kursus perniagaan seperti modul-modul berikut:
● Profil keusahawanan
● Bisnes model kanvas dan rancangan perniagaan
● Penjenamaan dan pemasaran digitalisasi
● Pengurusan kewangan
● Sesi perkongsian bersama agensi yang berkenaan
● Bengkel bisnes profil dan pembentangan perniagaan


Pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi keempat ini telah diadili oleh:

1. DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
2. Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – KUSKOP
3. Datuk Dr. Hafsah Binti Hashim, Penasihat SME Bank Islam
4. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara – INSKEN
5. Encik Mohammad Syukri Bin Ismail, Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad – KOHIJRAH


Tiga usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti berikut:
● Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)
● Geran perniagaan berjumlah RM3,000
● Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD+, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.




Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.selangoryouth.com .