Ramadan Preview "Jelajah Selera Bersama TAMU’ Di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Ramadan Preview "Jelajah Selera Bersama TAMU’ Di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Di ambang ketibaan Bulan Suci Ramadan yang dinanti-nantikan, tibalah masanya sekali lagi kita mempersiapkan diri untuk kehadirannya. Inilah masanya untuk kita melakukan muhasabah diri, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ramadan juga merupakan masa di mana ikatan tali persaudaraan diperkukuhkan dengan berkumpul dan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama. Bertemakan ‘Jelajah Selera Bersama TAMU' pada tahun ini, tiada tempat yang lebih baik dan selesa selain menikmatinya di Suasana @ 27 restoran TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
Bufet berbuka puasa di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan bermula dari 23hb Mac hingga 21hb April 2023, menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang menarik yang disajikan semasa musim perayaan Hari Raya serta masakan kegemaran Malaysia dan Antarabangsa.
Chef Eksekufif Azizul Bin Mohd Noor berkata, “Seseorang tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba dan menjamah semua hidangan yang kami tawarkan masakan tradisional Malaysia yang benar-benar tulen dan apatah lagi menu istimewa kami pada tahun ini adalah ‘Nasi Kambing Dulang Besar",
“Untuk Iftar, Chef kami akan membawa kembali hidangan masakan tradisional Melayu seperti Gulai Daging Batang Pisang, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box ikonik kami dan Nasi Dulang kegemaran sepanjang masa” menurutnya.
Jelajahi lapan belas gerai yang disusun di restoran yang menampilkan menu hidangan istimewa yang tersendiri, Tetamu akan disajikan dengan Satay Daging dan Ayam, Nasi Safron , Ayam Percik Pantai Timur, Udang Masak lemak Dengan Pegaga, Ikan Pari Asam Pedas Melaka, Sambal Kering Ikan Bili Tempe Dan Tauhu, Pajeri Nenas Ala Kampung, Pucuk Paku Goreng Belacan adalah di antara hidangan tradisional Melayu yang “mesti dicuba”.
Bagi mereka yang mencari pilihan yang lebih ringan dan lebih sihat, kami menyediakan pelbagai hidangan pembuka selera daripada salad sayuran hijau, aneka kerabu tradisional dan ‘Ulam-Ulam Kampung’ yang segar dan berkhasiat. Kegemaran pengunjung yang terkenal sepanjang masa adalah Gear Box Soup yang empuk lagi lazat.
Jika anda peminat masakan berinspirasikan Steamboat dan makanan gabungan, maka kunjungilah kaunter “rebusan” istimewa kami dan manjakan diri dengan barangan mendidih terpilih kami serta pelbagai jenis Cendawan dan Sayur-sayuran yang pastinya akan memuaskan hati anda.
Tiada hidangan lengkap tanpa pencuci mulut. Untuk kelengkapan kepuasan selera anda, nikmatilah pelbagai hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada Aneka Mini Pastri Perancis, Mousse Coklat, Puding Roti Mentega, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, pelbagai jenis kek dan tart yang melazatkan sebagai tirai penutup berbuka puasa anda bersama orang tersayang.
Untuk jamuan Iftar yang lebih peribadi dan eksklusif, para tetamu boleh membuat tempahan di TAMU Sky Lounge, Aras 40. Selain hidangan buffet , para tetamu juga boleh menikmati hidangan terkenal 'Hidangan Nasi Arab Dulang' kami, nasi yang kaya dengan herba dan rempah tradisional serta dimasak dengan sempurna.
Hidangan kulinari ini juga disertai dengan kegemaran sepanjang masa seperti Nasi Briyani Kambing, Telur Rebus, Daging Masak Lada Hitam, Udang Galah Goreng Tepung, Ayam Berempah, Dalca Sayuran, Acar Jelatah, Papadam, Cili Hijau Bakar, “Tomato Chutney” dan “Cucumber Raita.” Hidangan lazat ini dipersembahkan secara unik dalam ‘Dulang’ sebagai satu set. la disediakan dengan rapi dan teliti oleh Pasukan kulinari kami yang berdedikasi.
Baucar Awal Ramadan dibuka untuk jualan sekarang sehingga 28hb Februari 2023 dengan kos hanya RM110 seorang dan pada harga RM130 dari 1hb Mac seorang sehingga 22 Mac 2023. Setelah itu, harga Jelajah Selera Bersama TAMU ialah RM169 setiap orang. Warga emas RM98 dan untuk kanak-kanak pada harga RM85.
Sila hubungi Suasana@27 melalui talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360 untuk tempahan dan pembelian baucer anda dengan segera.