RINANI TANDATANGANI PERJANJIAN PENJUALAN SAHAM KLCFC
RINANI TANDATANGANI PERJANJIAN PENJUALAN SAHAM KLCFC
Syarikat memperoleh pegangan majoriti dalam kelab bola sepak daripada KLFARinani Group Berhad (“Rinani” atau “Syarikat”), sebuah firma perunding kewangan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat telah menandatangani perjanjian penjualan saham (“SSA”) dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (“KLFA”) untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Kuala Lumpur City FC Sdn Bhd (“KLFC”), pemilik kelab bola sepak KL City FC (“KLCFC”).
Pengarah Rinani Azri Azerai berkata, “Melalui SSA ini secara rasmi menjadikan Rinani sebagai pemilik majoriti KLFC. Kami berjanji untuk membawa prestasi KLCFC di atas padang ke tahap yang lebih tinggi dengan menumpukan perhatian kepada kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja dan kami menjanjikan peminat kami penglibatan dan pengalaman yang lebih baik untuk nilai wang mereka. Selain permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan untuk KLFC agar ia dapat mampan dan terus mengekalkan kelab itu.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada KLFA atas semua yang telah mereka lakukan selama ini untuk kelab dan kami akan membinanya untuk membawa KLCFC ke peringkat seterusnya. Kami akan berusaha ke arah mengadakan lebih banyak kerjasama korporat dan penajaan untuk kelab itu mampan dari segi kewangan serta memastikan tahap latihan yang boleh membawa kelab ke peringkat antarabangsa. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan beliau terhadap usaha kami dan untuk menggalakkan pertumbuhan bola sepak Malaysia.”
Presiden KLFA Khalid Abdul Samad berkata, “Ini adalah hari bersejarah bagi KLCFC dengan pemilikan majoriti KLFC beralih kepada Rinani. Penswastaan kelab adalah demi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sukan bolasepak profesional, termasuk pemain, penyokong, penaja dan vendor yang berkait rapat dengan kelab selama ini. Kami mendoakan agar tindakan ini akan mendatangkan kejayaan kepada bukan sahaja KLCFC dan Rinani Group tetapi juga KLFA itu sendiri".
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Azman Bin Abidin berkata, “Penswastaan pasukan bola sepak yang dikendalikan kerajaan adalah penting untuk perkembangan selanjutnya permainan kerana ini akan memastikan kelab mempunyai akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang boleh disediakan oleh sektor swasta. Ia juga penting bagi sektor swasta mengendalikan kelab bola sepak secara profesional dengan tadbir urus yang baik kerana ini akan membantu dalam memastikan daya maju kewangan untuk pembangunan belia dan pengambilan pemain.”
Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia berkata, “Penswastaan berterusan kelab bola sepak di negara ini akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya pemain kerana kebajikan mereka akan dijaga dengan lebih baik. Akan ada lebih ketelusan dalam cara kelab dikendalikan dan kewangan diurus. Pengurusan profesional kelab adalah penting kerana ini bermakna keperluan untuk melibatkan diri dengan penyokong, meningkatkan prestasi dan menawarkan produk yang lebih baik.”
Pemerolehan kepentingan majoriti oleh Rinani di dalam KLFC juga adalah selaras dengan arahan daripada FIFA, badan induk antarabangsa bola sepak, dan Konfederasi Bola Sepak Asia, supaya pasukan bola sepak kendalian kerajaan dikendalikan secara profesional, dibiayai secara persendirian dan dimiliki secara bebas.