Terkini | New

STARVILION NAK SEMUA SAMA-SAMA RAYA TAHUN INI SEMPENA FASHION SHOW BERTEMAKAN 'Starvilion Laskar Raya 2023'

STARVILION NAK SEMUA SAMA-SAMA RAYA TAHUN INI.


Setelah 6 tahun menelusuri industri fesyen, Raya tahun ini Starvilion ingin memberi kembali kepada pelanggan dan komuniti. Demi merealisasikan tema 'Starvilion Laskar Raya 2023' dengan hashtag 'sama sama kita raya', ia sebuah gerakan berteras kasih sayang, empati dan nikmat berkongsi.


Hanya satu tujuan yang diinginkan, iaitu memastikan semua orang dapat sambut hari raya tanpa mengira latar belakang dan taraf hidup. Gerakan bersifat amal ini turut mendapat sokongan dari rakan pertubuhan amal; iaitu Selangor Youth Community (SAY), Yayasan Qyyum dan KLOTH Cares Malaysia.

Demi merealisasikan gerakan ini, ada lima manifesto yang Starvilion zahirkan.

1. Membeli sambil menderma.
Setiap pembelian baju raya koleksi tahun ini, sebagiannya akan dikongsi bersama
komuniti.

2. Kotak Kitar Semula ‘Sama Sama Kita Raya’
Satu gerakan kitar semula mensasarkan pelanggan untuk beri pelbagai persiapan raya seperti pakaian hari raya seperti baju melayu, baju kurung, jubah dan lain-lain dan apa-apa barangan berkaitan hari raya seperti tudung, kasut, songkok, beg, langsir, alas meja dan sebagainya. Lokasi kotak berada di setiap cawangan Starvilion di Shah Alam, Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Program Infak.
Starvilion menyediakan 10,000 pasang baju raya baharu dari koleksi mereka untuk diedarkan kepada komuniti melalui duta jenama, rakan niaga dan rakan pertubuhan amal.

4. Bawa balik baju raya hari ini, bayar kemudian!
Mengambil peluang konsep Buy Now, Pay Later (BNPL) yang telah diperkenalkan di Malaysia, platform ini membantu rakyat untuk membeli barang keperluan dan kehendak tanpa sebarang yuran atau faedah bulanan. Dengan program ansuran 4 kali bayar yang Starvilion sediakan buat pelanggan melalui GrabPay, mampu kurangkan beban buat mereka yang mempunyai tanggungan yang besar membuat persedian raya buat keluarga tersayang.





STARVILION GABUNGKAN SEMULA DUA BINTANG SAMA CANTIK SAMA PADAN.

Menampilkan dua bintang ternama, Dato’ Adi Putra dan Nora Danish sebagai inspirasi koleksi tahun ini, koleksi tahun ini memberi lebih banyak pilihan buat keluarga untuk tampil sedondon. 




Koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 hadir dengan 3 rekaan Baju Melayu, iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 pilihan warna. Manakala koleksi wanita pula didatangkan dengan 16 rekaan utama dan lebih 120 rona warna dan corak. Kedua-dua koleksi lelaki dan wanita turut dilengkapi dengan saiz kanak-kanak.


WAK DOYOK BERKONGSI BISNES BERSAMA PEMPENGARUH TIK TOK.

Strategi perniagaan Starvilion tahun ini juga berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini Wak Doyok membuka peluang kepada pempengaruh popular dari platform media sosial Tik Tok yang mempunyai latar belakang perniagaan yang hebat; iaitu Mohamad Zafir bin Mohd Mahazir atau dikenali sebagai Zafirkaripap, Mohammad Khaliltizam bin Yusri (Abg Tesla) dan Muhammad Khairul Shukri bin Wahiddin (Uci Luna).


Mereka diberi kepercayaan untuk buka outlet di kawasan masing-masing seperti di Johor dan Pulau Pinang. 



Kepada yang ingin dapatkan koleksi hangat dari Starvilion boleh dapatkan di outlet serata Malaysia dan secara online di website  www.thestarvilion.com dan platform media sosial, Tik Tok.