Terkini | New

The Chicken Rice Shop (TCRS) Melancarkan Menu baharunya Iaitu Ayam Kilau Yang Pedas Dan Rangup

The Chicken Rice Shop (TCRS) Melancarkan Menu baharunya Iaitu Ayam Kilau Yang Pedas Dan Rangup.

Kali ini ingin berkongsi dengan anda menu terbaharu dari The Chicken Rice Shop di penghujunag Ramadan bagi menikmati menu sedap menjelang Raya kali ini. The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya . Tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza iaitu Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan sekumpulan pada bila-bila masa.


TCRS melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama sama di restoran ataupun di rumah. Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.


Kali ini sempat mencuba walaupun terpaksa melewati waktu berbuka puasa kerana sentiasa penuh sepanjang ramadan kali ini sambil menikmati ayam kilau bersama sambal hijau yang padu dan pedas.

“Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”, Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd


The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia. 


TCRS amat berbangga kerana dapat menyediakan makanan tempatan yang terbaik kepada para pelanggan, resipi baharu yang kami perkenalkan juga sesuai dan berkualiti untuk santapan semua. Berharap musim perayaan ini akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan.



Jangan melepaskan peluang untuk bersama-sama Silat-Man, Mohd Taqiyuddin Amir, World Pencak Silat 2022 mempamerkan aksi silat kepada orang awam untuk Silat Challenge Ayam Kilau. Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat baucar dari TCRS.


Jangan lupa singgah di The Chicken Rice Shop dan nikmati ayam kilau bersama sambal hijau yang pedas berkilau. Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau di Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

#thechickenriceshop #tcrsmy #SilatChallengeAyamKilau #AyamKilau #SambalHijauKilau #Ramadan