Terkini | New

DatumCorp International Sdn Bhd Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 2023

DatumCorp International Sdn Bhd Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 2023

Sebagai salah satu syarikat pemaju hartanah di Malaysia, DatumCorp International Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat.

Sempena bulan perayaan ini, DCI bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep ‘Bridging the Community untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna.


Bagi menyampaikan mesej berkenaan, DCI memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri serta sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat iaitu konsep “warung ala padang pasir”.


Bagi memupuk semangat kebersamaan, DCI menganjurkan Rumah Terbuka Raya 2023 pada hari ini untuk semua kenalan korporat, perniagaan, majlis tempatan, tetamu dari pelbagai agensi seperti agensi keselamatan, kesihatan, pembeli kondo Datum Jelatek Residensi, penggiat seni dan masyarakat setempat bagi merakam setiap detik di mana semua lapisan masyarakat bersatu kerana Nilai yang dikongsi bersama bagi mengeratkan jalinan semua.


Menurut Pn Sazela Mohd Safie , pengurus kanan Jualan & Pemasaran Datum Jelatek Residensi yang mewakili DatumCorp International berkata, kami berbesar hati untuk berkumpul bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna tambahan lagi venue yang dipilih adalah di concourse area Datum Jelatek shopping centre bagi memupuk semangat berhari raya dengan menampilkan dekorasi ala negara Arab.



Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dengan kehadiran artis jemputan Liza Hanim, kumpulan Ghazal dan pelbagai juadah istimewa daripada DCI termasuk hidangan-hidangan khas seperti Kambing Golek.




Sebahagian pihak Media dibawa untuk melihat sendiri keindahan residensi eksklusif yang berada di atas kompleks membeli-belah Datum Mall yang cantik dan ekslusif. Mercu tanda ‘sky ring bridge’ Datum Jelatek mengagumkan dan mempunyai pemandangan 360 yang pasti mempesonakan.



Selain ‘sky ring bridge’ terdapat kira-kira 55 kemudahan lain yang disediakan termasuklah kolam renang infiniti dengan pemandangan KLCC, Merdeka 118, Exchange 101 dan Menara KL. 






Mengenai DatumCorp International Sdn Bhd

DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), bertanggungjawab dalam pembangunan Datum Jelatek yang merupakan residensi eksklusif dan pusat membeli belah berkonsepkan transit-oriented development (TOD) berhubung terus dengan stesen LRT Jelatek.