DN’S BEAUTY SASAR KEMBANGKAN JUALAN KE NEGARA LUAR
DN’S BEAUTY SASAR KEMBANGKAN JUALAN KE NEGARA LUAR
Syarikat produk kecantikan dan kesihatan, DN’S Beauty Solution (DN’S Beauty) berhasrat melebarkan sayap perniagaan mereka ke negara luar seperti Indonesia.
Pengasas bersama, Syukry Radzuan berkata, produk terbaharu iaitu Fitztox menerima permintaan menggalakkan dari negara itu namun pelbagai aspek perlu diambil kira seperti SOP yang berbeza serta menyiapkan dokumentasi yang diperlukan sebelum memasuki pasaran luar.
“Dari segi klasifikasi produk itu sendiri, sebab yang kita faham sekarang ni SOP Malaysia dan negara luar bebeza sekali, jadi kita fokus kearah dokumentasi dulu sebelum ke negara luar.
“Terutama dari segi prosedur dan undang-undang negara pengimport bagi memastikan produk DN’S Beauty dapat berada di pasaran Indonesia, Singapura dan Brunei sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada "Meledak" Night Award Dinner (DN’S Beauty) yang diadakan di Manjung, Perak baru-baru ini.
Majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan dan meraikan kejayaan usahawan-usahawan dibawah bimbingan DN’S Beauty serta mengeratkan hubungan silatulrahim sesama mereka. Antara hadiah yang diberikan berupa kereta Alphard, pakej umrah, barangan kemas dan lain-lain.
Pada malam itu juga, Faiz Aizif atau nama sebenarnya, Muhammad Faiz Basirun, 21, yang terkenal dengan gelaran CEO Anjing turut dilantik sebagai Ikon Fitztox selama tiga bulan lagi. Sementara itu, Pengasas DN’S Beauty Solution (DN’S Beauty) Nur Jauhatul Dinnie Mohammad Johari menambah, produk mereka kebanyakannya dijual golongan pelajar dan suri rumah.
Kata Nur Jauhatul Dinnie Mohammad lagi, dia yakin dengan promosi dan strategi pemasaran yang baik, tidak mustahil jualan lebih RM10 juta mampu dicapai pada hujung tahun ini.
“Permintaan terhadap Fitztox sangat menggalakkan meskipun baru dilancarkan pada Jun tahun lalu. Produk itu telah melepasi angka jualan RM5 juta yang disumbangkan oleh ejen berdaftar selain promosi dan jualan melalui 'affiliate' di Tiktok.
“Selain itu, saya juga berhasrat mahu besarkan lagi team kami termasuk meningkatkan penyertaan orang ramai dalam pelbagai lapisan dengan sasaran 20 ribu orang Affiliate pada tahun ini.
“Affiliate ini tidak ada dalam sistem kami, mereka hanya bermain di Tik Tok sahaja. Setiap Affiliate hanya perlu memasarkan produk secara mudah di Platform Tik Tok tanpa perlu menyimpan produk atau mengeluarkan modal. Kini Dinie boleh berbangga kerana usahawan di bawah DN’S Beauty mampu merekodkan jualan sebanyak RM1.8 juta dalam masa tiga bulan, malah ada antara mereka sanggup berhenti kerja selepas meraih komisyen RM9,000 sebulan.
Kini produk Fitztox berjaya mengekalkan jualan RM1.7 juta ringgit sebulan dan telah berada di pasaran sejak 9 bulan lalu iaitu pada Julai 2022. Selain Indonesia DN’S Beauty Solution turut mahu mengembangkan sayap perniagaan ke Brunei dan Singapura.