FreeYond Bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia Bagi Memperkasa Bakat Sukan Tempatan dan Mengangkat Atlet Ke Tahap Baharu
FreeYond Bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia Bagi Memperkasa Bakat Sukan Tempatan dan Mengangkat Atlet Ke Tahap Baharu
Fast Technology Sdn Bhd (“Fast Technology” atau “Syarikat”), pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE, Fast Energy Holdings Bhd (“Fast Energy”), hari ini memeterai perjanjian penajaan satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.
Perkongsian ini menunjukkan komitmen FreeYond untuk menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber. Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu. Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.
Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Olympic Councial of Malaysia, dan Presiden Kehormat Badminton Asia, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Encik Vincent Tan Wye Chuan.
“Sebagai salah seorang pengarah FreeYond, kami sangat gembira dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Fast Technology dalam menaja BAM dan atletnya,” kata Datuk Eddie Chai Woon Chet, Pengarah FreeYond. “Saya gembira dapat menyaksikan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh FreeYond selepas kemasukan rasmi kami ke Malaysia dengan telefon pintar dan boleh pakai pada Mac 2023,” tambahnya.
'
“Saya berbesar hati akhirnya hari ini, dapat memuktamadkan perkongsian yang saling menguntungkan ini dan secara rasmi mengalu-alukan FreeYond sebagai penaja terbaharu BAM. Sokongan daripada penaja kami adalah penting untuk pertumbuhan berterusan dan pembangunan sukan ini,” kata Presiden BAM, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria.
Pengarah Eksekutif Fast Energy, Encik Vincent Tan Wye Chuan berkata, "FreeYond melambangkan kebebasan dan daya hidup, mewakili tenaga muda yang tidak terbatas. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengguna pengalaman yang bersemangat dan membebaskan melalui rangkaian produk pintar kami. Semangat jenama kami merangkumi usaha mencapai kecemerlangan, kerja berpasukan dan inovasi, yang sejajar dengan nilai BAM."
“Malaysia adalah kuasa besar dalam dunia badminton, dengan pemain di bawah payung BAM telah mencapai banyak kemenangan dan mendapat kemasyhuran serta kegemilangan negara. FreeYond mahu memainkan peranannya dalam menyokong BAM dan pemainnya ketika mereka berusaha untuk lebih banyak kemenangan podium dan memberi inspirasi kepada belia negara.”
Tan menjelaskan, "Pemeteraian perjanjian hari ini dengan BAM menandakan langkah sulung FreeYond untuk menyokong atlet muda secara aktif. Kami berharap melalui kerjasama ini, kami dapat menyumbang kepada pembangunan rancak sukan di Malaysia dan menyatukan peminat dan pengguna kami ke arah menyokong atlet negara kita."
Produk FreeYond terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang luar biasa, memenuhi pelbagai kategori pengguna, termasuk peminat sukan dan profesional. Selain model telefon pintar M5 dan F9 yang telah diperkenalkan ke pasaran, FreeYond juga telah melancarkan jam tangan pintar F1 mereka dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1.
Telefon Pintar
Kedua-dua telefon pintar M5 dan F9 menampilkan skrin paparan definisi tinggi (HD) dan In-Plane Switching (IPS) serta dilengkapi dengan bateri 5000mAh. FreeYond F9 dilengkapi dengan dwi kamera sebenar manakala FreeYond M5 menampilkan persediaan Triple Camera AI yang merangkumi kamera utama 50MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Peranti ini mempunyai pelbagai ciri dan keupayaan, direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang celik teknologi masa kini.
Jam tangan Pintar
Jan tangan pintar FreeYond - Watch F1 dilengkapi dengan ciri penting jam tangan pintar moden, termasuk fungsi pengurusan kesihatan keseluruhan seperti pemantauan kadar jantung, penjejakan paras oksigen darah dan penjejakan kualiti tidur. Ia juga menawarkan ciri tambahan seperti lampu suluh dan peringatan penghidratan, serta lebih 100 mod sukan dan permainan mini. Dari segi reka bentuk dan hayat bateri, Watch F1 mempunyai skrin persegi 1.8 inci dengan pensijilan IP67, menawarkan hayat bateri selama 5 hari pada penggunaan sederhana dengan masa siap sedia sehingga 60 hari.
Set kepala True Wireless Stereo (TWS)
TWS Pods 1 FreeYond, berfungsi sebagai aksesori bergaya untuk ramai orang muda, mengguna pakai teknologi Bluetooth 5.3 generasi terkini. Dengan pemacu dinamik besar 12mm untuk bunyi bass yang dipertingkatkan dan diafragma komposit kepekaan tinggi, TWS Pods 1 menyampaikan bass yang kaya dan audio yang jelas. Satu pengecasan Pods 1 menyediakan sehingga 6 jam masa main balik, dengan jumlah masa main balik selama 30 jam apabila digabungkan dengan kotak pengecasan.
Mengenai Persatuan Badminton Malaysia
Persatuan Badminton Malaysia atau BAM merupakan badan pentadbir sukan badminton di Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 1964. Namun, sejarah sukan badminton Malaysia bermula lebih awal. Pada 1934, sudah ada persatuan badminton ditubuhkan di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://bam.org.my.
Mengenai Fast Technology Sdn. Bhd.
Fast Technology Sdn. Bhd., subsidiari milik penuh Fast Energy Holdings Berhad, berbesar hati dianugerahkan hak pengedaran eksklusif FreeYond di Malaysia oleh Great Work Corporation Limited. Fast Energy Holdings Berhad ialah syarikat tersenarai pegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia yang telah beroperasi dalam pembuatan dan telah bergerak ke masa depan tenaga alternatif. Selain itu, kami sedang berkembang ke dunia elektronik pengguna dengan FreeYond, membuka jalan untuk kami mempunyai aliran hasil yang lebih mampan.
Mengenai FreeYond
FreeYond ialah jenama elektronik pengguna yang diasaskan di Shenzhen, Lembah Silikon dan ibu kota telefon bimbit di China. FreeYond, yang bermula dengan telefon pintar, berusaha untuk mentakrifkan semula elektronik pengguna seperti telefon pintar, pakaian pintar dan AI seperti Tech.4.0, Antaramuka Komputer Minda, teknologi EMG, pengkomputeran awan, dll., untuk pengguna global menikmati kemudahan kehidupan yang disediakan oleh elektronik berteknologi tinggi. FreeYond telah membuat kemajuan yang ketara di Amerika Latin dan Afrika. Pada 21 Mac 2023, Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan produk FreeYond di rantau Asia Tenggara. Di luar Malaysia, jenama teknologi itu mempunyai sasaran untuk mengembangkan dan secara beransur-ansur membangunkan pasarannya di rantau SEA. Harapannya adalah untuk menjadikan rantau ini satu lagi pasaran teras.
Untuk mengetahui lagi berita terkini mengenai FreeYond https://freeyond.com.my/