Terkini | New

Mengimaginasikan Semula Telefon Pintar Boleh Lipat untuk Rakyat Malaysia di Galaxy Z Fold Dan Galaxy Z Flip

Mengimaginasikan Semula Telefon Pintar Boleh Lipat untuk Rakyat Malaysia di Galaxy Z Fold Dan Galaxy Z Flip

Samsung bekerjasama dengan jenama dan universiti tempatan terkemuka dalam optimasi aplikasi untuk memperkayakan pengalaman Telefon Pintar boleh lipat untuk rakyat Malaysia


Dalam komitmennya untuk membawa semula pengalaman 'reimagine foldable experiences' untuk rakyat Malaysia, Samsung Malaysia Electronics membawa organisasi tempatan terkemuka dan bakat muda dari universiti bersama-sama untuk membuka kunci kemungkinan baharu pada Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, dan  UI/UX.


Rakan kongsi pertama dalam inisiatif itu, AmBank, Family Mart, Maxis, Pay4U dan ZUS Coffee, memanfaatkan keupayaan platform Samsung dan Android untuk memperkayakan pengalaman pengguna pada aplikasi tempatan mereka. Semasa sesi perkongsian rakan kongsi baru-baru ini, bertemakan, ''reimagine foldable experiences untuk Rakyat Malaysia', mereka mempamerkan penggunaan aplikasi mereka melalui penggunaan fleksibel pembesaran skrin dan penggunaan lipatan pelbagai sudut.


Dalam beberapa bulan akan datang, Samsung akan menerima lebih banyak rakan kongsi, termasuk Gigi Coffee, Golden Screen Cinemas, TGV Cinemas dan Zapp. Selain itu, Samsung menyasarkan untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dalam hackathon, di mana pelajar akan melontarkan idea aplikasi boleh lipat. Ini selaras dengan misi ESG untuk memperkasakan bakat muda Malaysia dan memberi insentif kepada mereka untuk mencipta sesuatu dalam ruang teknologi.

“Di Samsung, kami bersemangat untuk menjadikan inovasi mudah alih relevan kepada pengguna. Dalam usaha kami untuk memperkembangkan telefon pintar boleh lipat, kami bekerjasama dengan jenama tempatan untuk mencipta pengalaman Galaxy Z tempatan yang unik pada aplikasi mereka yang digunakan rakyat Malaysia setiap hari dan mendekatkannya ke hati mereka. 


Kami menjemput lebih banyak organisasi tempatan untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama industri ini dan menyampaikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan mereka,” kata Luke Au, Ketua Pemasaran Produk, Mobile eXperience, Samsung Malaysia.