Terkini | New

Miss UniWorld Meraikan Kanak-kanak Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia Dan Tasputra Perkim Di Menara Kuala Lumpur

Miss UniWorld Meraikan Kanak-kanak Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia Dan Tasputra Perkim Di Menara Kuala Lumpur


Miss UniWorld, pertandingan ratu cantik antarabangsa berprestij tinggi yang memperjuangkan pemerkasaan wanita dan pertukaran budaya, amat teruja untuk mengumumkan pelancaran mahkota Queen of Kilimanjaro (Ratu Kilimanjaro) yang menakjubkan. Karya agung ini yang bernilai USD 400,000, mewakili kemuncak keanggunan dan melambangkan visi yang diperbaharui untuk pertandingan tahun ini.


Dengan komitmen untuk mempamerkan bakat luar biasa peserta dan menginspirasikan perubahan positif di seluruh dunia, pertandingan ratu cantik Miss UniWorld menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua yang terlibat.


Mahkota Miss UniWorld yang mempesonakan, dihasilkan oleh tukang emas rasmi Amee Philips. Mahkota yang dihiasi dengan berlian asli dan batu permata berharga ini memancarkan daya tarikan yang menawan, menjadikannya simbol sebenar kemegahan pertandingan ini.


Amee Philips, pengasas Amee Philips berkongsi bahawa, "Amee Philips sangat teruja untuk bekerjasama dengan Miss UniWorld, kerana kedua-dua jenama kami berkongsi komitmen yang sama untuk meraikan kecantikan, kekuatan dan pemerkasaan wanita. Dengan mereka dan mencipta mahkota eksklusif Queen of Kilimanjaro, kami memberi penghormatan kepada semangat wanita yang waja. Kami juga ingin memberi inspirasi kepada wanita seluruh dunia untuk meraikan kecantikan dalaman mereka dan memperkasakan mereka untuk merangkul impian dengan penuh keyakinan."


Sebagai sebahagian visi yang diperbaharui, Miss UniWorld berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pertandingan untuk peserta, rakan kongsi dan penyokong. Pertandingan ini akan mengalu-alukan kira-kira 30 ratu cantik antarabangsa di Malaysia, yang merupakan ratu cantik di negara masing-masing. Peserta akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sebelum pertandingan peringkat akhir pada 11 Jun di JW Marriott. 


Antara acara kemuncak pada tahun ini ialah Pertandingan Bakat yang akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 8 Jun, ini akan menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelancong dan orang ramai.


Komitmen Miss Uniworld terhadap "Beauty With Heart" juga akan dicapaikan melalui dua aktiviti amal bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (The National Autism Society of Malaysia) dan Tasputra Perkim. Dengan menyokong usaha amal ini, Miss Uniworld mengukuhkan dedikasinya untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan perubahan sosial.


CEO Miss UniWorld, Roslan Rosdi, berkongsi keterujaannya untuk hala tuju baharu pertandingan ini, "Matlamat utama kami adalah untuk meningkatkan keunggulan pertandingan Miss UniWorld di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami berdedikasi untuk strategi yang inovatif dan memupuk kerjasama bagi mengukuhkan kedudukan Miss UniWorld sebagai platform utama dalam industri pertandingan ratu dunia."


Ratu cantik yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk Georgia, Ukraine, Malaysia, Turki, Australia, Estonia, China, Iran, Sepanyol, Belarus, Rusia, Azerbaijan, England, Republik Czech, Filipina, Sweden, Hong Kong, Jepun, Afrika Selatan, Kazakhstan, Indonesia, Belgium, Latvia, Lithuania, Jerman, Tajikistan dan Korea.



Mengenai Miss UniWorld

Miss UniWorld ialah pertandingan ratu cantik antarabangsa yang berdedikasi untuk meraikan kewanitaan, memupuk pertukaran budaya, dan memperkasakan wanita dari seluruh dunia. Diasaskan oleh usahawan sosialit dan ratu cantik Malaysia Dato Reiss Tiara, Miss UniWorld mempromosikan pemerkasaan wanita, peluang perangkaian dan memajukan industri pelancongan, sambil menyokong badan amal tempatan dan global.