Ayam Bakar Oh-Semm The Chicken Rice Shop Jadi Menu Kekal
Ayam Bakar Oh-Semm The Chicken Rice Shop Jadi Menu Kekal
The Chicken Rice Shop (TCRS) menjangkau ulang tahun yang ke-23. Sempena sambutan ulang tahun ini, TCRS sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu. Ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!
Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.
Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.
“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.
Sempena sambutan ulang tahun ke-23 dan pengumuman menu Ayam Bakar Oh-Semm, TCRS mengadakan peraduan yang sangat mudah buat pengunjung. Caranya hanya menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga berjumlah RM50,000 dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!
Antara langkah penuh peraduan Ayam Bakar Oh-Semm sempena ulang tahun yang ke-23:
1) Belanja minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan TCRS.
2) Imbas kod QR yang ada di menu Ayam Bakar Oh-Semm di TCRS dan isi google form dan muat naik foto resit & profil sedapZ anda.
3) Lengkapkan slogan “Saya suka Ayam Bakar Oh-semm & TCRS kerana ___” dan hantar penyertaan anda.
Terma dan syarat boleh rujuk di sini : https://bit.ly/3MX5fOs
Mudahkan? Lepas bayar dapat resit terus sertai peraduan atau atau imbas kod QR. Terus sertai dengan cepat! Atau boleh je rujuk poster kat bawah ni.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, boleh layari pautan di bawah:
Laman web rasmi: www.thechickenriceshop.com