Terkini | New

CARRIE LEE MENGUMUMKAN HADIAH WANG TUNAI TERBESAR DALAM SEJARAH RATU CANTIK BERJUMLAH RM1.1 JUTA UNTUK DIMENANGI DALAM PERTANDINGAN MISS COSMOWORLD 2023

CARRIE LEE MENGUMUMKAN HADIAH WANG TUNAI TERBESAR DALAM SEJARAH RATU CANTIK BERJUMLAH RM1.1 JUTA UNTUK DIMENANGI DALAM PERTANDINGAN MISS COSMOWORLD 2023



Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Miss CosmoWorld edisi keenam dengan bangganya diumumkan di Park Royal Collection, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. dan diasaskan oleh Bintang Selebriti, Carrie Lee Sze Kei, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mengetengahkan wanita-wanita muda Malaysia yang luar biasa yang bukan sahaja memiliki kecantikan, malah kecerdasan, bakat dan berketerampilan.

Malaysia mencatatkan rekod kemasukan pelancong asing tertinggi seramai 2.57 juta orang pada separuh tahun pertama 2023 sejak pandemik melanda, Miss CosmoWorld 2023 bertujuan untuk mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan melalui francaisnya dan duta-dutanya, mewakili keunikan dan kepelbagaian latar belakang, seni dan budaya melalui fesyen, kecantikan dan hiburan. Pelancaran Miss CosmoWorld 2023 pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YM Tengku Dato' Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj, kerabat Diraja Selangor sebagai Tetamu Kehormat.

Miss CosmoWorld 2023 memberi pendekatan kotemporari terhadap pertandingan ratu cantik dan cabaran-cabaran yang melebihi pertandingan sebelumnya di mana Miss CosmoWorld pada tahun ini menampilkan dan mendedahkan kehidupan seharian dan kemahiran para pesertanya yang bakal menempuhi latihan pemerkasaan wanita seperti latihan kecergasan, catwalk, pengucapan awam dan banyak lagi.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, pertandingan ini disediakan untuk mencerminkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi merebut peluang untuk menjadi antara 12 peserta terbaik yang bakal bertanding di Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 pada Oktober tahun ini kelak. Pada masa yang sama, Pusingan Akhir Miss CosmoWorld 2023 turut menampilkan kira-kira 30 orang peserta antarabangsa pada November 2023.

YM Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi berkata, "Miss CosmoWorld sentiasa menjadi platform yang hebat untuk mempromosikan golongan wanita muda Malaysia ke peringkat global yang bukan sahaja mempunyai kecantikan tetapi juga kemahiran yang melampaui penampilan mereka. Melalui pertandingan ini, ia juga merupakan peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara yang memiliki golongan wanita muda yang berkebolehan, berasal dari pelbagai budaya dan latar belakang, berani untuk memimpin dan menghadapi cabaran masa depan. Saya boleh katakan peserta itu sendiri akan menjadi lambang kecantikan, kepelbagaian, dan potensi Malaysia.".

Edisi ke-6 Miss CosmoWorld bakal menjadi Pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang terbaik pada tahun Ini, dengan jangkaan ratusan permohonan, menjadikannya pertandingan yang paling ramai pemohon dan menarik di negara ini. Semasa sidang akhbar, Lee juga mengumumkan bahawa Miss CosmoWorld 2023 akan menawarkan Hadiah Tunai Terbesar dalam sejarah pertandingan, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 1.1 juta (USD 250k), termasuk manfaat dan faedah daripada penaja untuk dimenangi. Permohonan bermula pada hari ini dan pemilihan finalis akan diadakan melalui ujibakat pada 23 September 2023 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.

Carrie Lee, Pengasas Miss CosmoWorld menekankan, "Organisasi Miss CosmoWorld, dalam tahun ke-6nya yang berterusan, telah bekerja keras untuk menyediakan platform yang akan meningkatkan bakat, kemahiran, dan kesungguhan golongan wanita muda di seluruh Malaysia. Selepas mencapai kejayaan dalam bidang kecantikan dan pertandingan, kini adalah tanggungjawab dan tugas saya untuk menyumbang kepada wanita-wanita di negara ini, mengenalpasti wanita yang berpengaruh, dan mendorong wanita yang berketerampilan dan yakin untuk mempromosikan yang terbaik untuk Malaysia, sambil memberi kembali kepada masyarakat. Acara ini akan memberi peluang kepada ratu cantik masa depan kita dari pelbagai budaya untuk berkongsi, mendidik, dan belajar dari pengalaman masing-masing serta memperlihatkan latar belakang masing-masing,"

"Dalam dunia yang semakin global, pelancongan telah menjadi sebahagian penting dalam ekonomi kita. Ia mencipta peluang pekerjaan, menghasilkan pendapatan, serta mempromosikan pemahaman silang budaya. Miss CosmoWorld 2023 memainkan peranan penting dalam usaha ini. Dengan berkongsi tradisi, adat resam, dan kisah masing-masing, wanita-wanita hebat ini menjadi duta negara mereka, memikat pengunjung untuk meneroka kecantikan dan daya tarikan tanahair mereka," tambah Dato' Sri Chong Chin Fung, Penasihat Kehormat Miss CosmoWorld.

Sebagai pejuang pemerkasaan wanita, pengasas Miss CosmoWorld membawa inisiatif untuk memacu para peserta ke arah sifat berdikari dan mengasah kepimpinan mereka melalui pelajaran utama berdasarkan pengalaman beliau sendiri, terutamanya tentang keusahawanan di mana ianya berguna untuk mereka pada masa hadapan, tanpa mengira keputusan pertandingan ini. Dengan itu, pertandingan ini mampu membina kesedaran dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan wanita di seluruh negara untuk berdikari, melalui pengaruh para peserta kelak.

Tiffany Lee (李俐吟), Pengerusi Pertubuhan dan Pemenang Tempat Ketiga Miss CosmoWorld 2021 berkata, "Setiap tahun, Miss CosmoWorld terus meningkatkan penawarannya bukan sahaja untuk memberikan keutamaan kepada pertandingan ini, tetapi yang lebih penting untuk mencipta impak positif dalam masyarakat. Tahun ini, pemenang akan membawa pulang RM 1.1 juta (USD 250,000) untuk membiayai idea-idea perniagaan mereka, sebagai usaha oleh Miss CosmoWorld untuk membangunkan usahawan wanita yang berjaya. Di samping itu, setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Miss CosmoWorld 2023 juga akan dilengkapi dengan asas-asas untuk menjalankan perniagaan sendiri, secara langsung mendorong usaha tersebut. Di Miss CosmoWorld 2023, kami menggunakan pengaruh kami untuk memperkasakan orang ramai dan kami berharap dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat."

Mereka yang layak untuk Miss CosmoWorld 2023 mestilah:

● Warganegara berasal dari Malaysia, bukan beragama Islam, lahir sebagai perempuan.

● Berumur antara 17 hingga 29 tahun pada tahun 2023.

● Ketinggian minimum 160cm.

● Bujang, belum pernah berkahwin, bercerai, atau mempunyai anak.

● Calon mestilah mempunyai keupayaan mental yang diperlukan untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

Miss CosmoWorld Edisi keenam dianjurkan oleh CL Skin Sdn. Bhd. bersama GETBATS sebagai Penaja Wang Tunai, dan MeLife sebagai Penaja Platinum, bersama dengan para penaja dan rakan-rakan seperti:

TDOX CLINIC, 0.96THz, Danny Ong,CT Chin Brand Building,Vogue Lease,EbakzSports,Global Creative and Media Agency (GCMA), Baddogz Studio,GINTELL,Medcycto, Gelly Wee Wedding Gown Sdn. Bhd, Party Eventilicious, Nice Car, Eazie Beauty Makeup Studio,Bellissimo Flower,Dato. Dr. Jackson Ee,Kellyn Ong, Dato’ Sri (Dr) Philip,DKing dan Dato Sri Chong Chin Fung