Terkini | New

Majlis Pelancaran Restoran Rightside Yang Menawarkan Hidangan Berasaskan Tumbuhan

Majlis Pelancaran Restoran Rightside Yang Menawarkan Hidangan Berasaskan Tumbuhan

Kini peminat produk vegan yang berasakan tumbuhan boleh menikmati hidangan 100% berasaskan tumbuhan yang bukan sahaja sihat dan sedap di Restoran Rightside. Pertama seumpamanya di Malaysia, menu-menu vegan di Rightside bukan sahaja untuk mereka yang vegan tetapi juga pada semua yang sukakan diet yang berasaskan tumbuhan.


Rightside restoran makanan segera pertama di Asia yang berasaskan tumbuhan (plant based) ini telah menjalankan penyelidikan secara inovatif dengan mengunakan bahan-bahan premium yang tinggi khasiatnya. Dihasilkan semuanya 'homemade' daripada roti, daging burger (patties), sos mayo, keju dan pelbagai lagi yang cukup istimewa dan esklusif.



Daging burger dihasilkan daripada protein kacang (pea protein) dan dimasak seperti smashed burger. Terdapat 3 pilihan samada ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken. Selain daging burger vegan, burger ini juga didatangkan bersama bun fluffy vegan yang cukup lembut, keju yang dicairkan, mayo vegan, bawang karamel, lada benggala, cendawan saureed, kepingan hirisan tomato dan salad segar.



Tidak hairanlah di restoran makanan segera Rightside terdapat pelbagai pilihan hidangan yang cukup menarik. Antara yang pasti makanan popular adalah Smashed burger, Tacos, Burrito, Mexican Salad, Kentang Goreng dan pilihan terbaik Milkshakes.




Boleh didapatkan secara set atau pun ala-carte mengikut citarasa masing-masing. Paling mengujakan apabila didalam setiap hidangan menggunakan sos mayo dan keju yang sangat sedap menjadi penyeri dalam semua hidangan.



Menurut Pengarah Dan Pengerusi Rightside Fast Food, Datuk Zhafran Md Yusuf, beliau yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan lebih baik hidangan sihat seperti vegan diperkenalkan. Bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi citarasa pelanggan. Istimewanya di Rightside, semua menu dihasilkan secara ‘homemade’ atau buatan sendiri bermula daripada roti, daging burger, sos mayo, keju dan pelbagai lagi secara eksklusif.





Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan sangat berkualiti dari segi rasa serta khasiat yang ditawarkan. 



Antara personaliti yang turut hadir bersama meraikan Majlis Pelancaran Restoran Rightside seperti Linda Onn, Neelofa , Harris Ismail dan ramai lagi memeriahkan lagi pelancaran  Restoran Rightside.




Jom singgah ke Restoran Rightside yang berhampiran dengan anda di 3 cawangan mereka untuk menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan lamn sosial media mereka di https://www.facebook.com/rightside.my/ .

RIGHTSIDE Mont Kiara
11:00am - 10:00pm (dibuka setiap hari)
GF-02, 163, Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

RIGHTSIDE @ Sri Petaling
11:00am - 08:00pm (dibuka setiap hari))
First Floor, No 147-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000