Majlis Perasmian Cawangan ‘Ali Maju Bistro’ Di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju
Majlis Perasmian Cawangan ‘Ali Maju Bistro’ Di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju
Majlis Perasmian Cawangan ‘ ALI MAJU BISTRO’ Di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju berhampiran Tasik Taman Sri Rampai Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industrial, Taman Sri Rampai menerima ribuan pengunjung sempena pembukaan ALI MAJU BISTRO iaitu sebuah cawangan baharu rangkaian restoran Ali Maju yang ke-22.
Alhamdullilah, Tahniah kepada Dato Hj Jawahar Ali Bin Taib Khan dan keluarga Ali Maju di atas pembukaan. Kini di Seri Rampai sahaja terdapat tiga buah restoran milik Ali Maju iaitu di Rampai Business Park, Ali Maju Cafe di Wisma Rampai termasuk yang terbaharu 'Ali Maju Bistro'.
Ali Maju Bistro meraikan pembukaan bistro dengan sajian makanan yang enak seperti nasi beriyani bersama hidangan ayam, kambing, daging, putu mayam, roti canai, minuman panas teh tarik, cendol dan minuman sejuk. Peluang kali ini pengunjung seperti pemandu penghantaran makan singgah untuk menjamu selera termasuk ramai lagi NGO dan anggota Skuad Veteran 1 Malaysia turut serta bersama di hari pembukan.
Dato Hj Jawahar Ali Bin Taib Khan menjadi usahawan setelah berhijrah ke kuala lumpur sejak 1994 ketika berumur 30 tahun dan berkerja dengan abang saudara selama 3 tahun. Kini menjadi usahawan dengan beroperasi dengan nama sendiri 'Ali Maju Cafe" dari 1997 dengan bermodalkan RM 600.
Berkongsi rezeki dan keikhlasan menjadi konsep serta beramal jariah adalah yang lebih penting. Turut bersama melaksanakan menu rahmah untuk pengunjung menikmati makanan di Ali Maju Bistro.
Bagi mereka yang ingin ke sini anda boleh ke ALI MAJU BISTRO terletak di 37, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Sri Rampai Kuala Lumpur atau waze https://waze.com/ul/hw2864vffm