Milo Lancar Trak Imersif 360° MILO Goodness yang Pertama Di Dunia
Milo Lancar Trak Imersif 360° MILO Goodness Yang Pertama Di Dunia.
MILO, telah melancarkan Trak Imersif 360° MILO Goodness yang pertama di dunia, bertujuan untuk mendidik rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam setiap cawan harian MILO kita.
Dengan campuran unik malt barli, susu, koko, serta kombinasi 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah menjadi minuman malt coklat kesayangan negara. Trak MILO® Goodness akan mendedahkan rahsia di sebalik minuman ikonik tersebut dan mempamerkan kebaikan nutrisinya.
Pengunjung berpeluang mempelajari tentang resipi asal MILO® dan merasakan teknik penyediaan yang menyumbang kepada rasa malt coklat yang tersendiri. Trak MILO® Goodness ini adalah lain dari yang lain kerana ia memberikan pengalaman 360° sepenuhnya. Penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia MILO®. Pengunjung dapat mengejutkan setiap deria dengan mengalami bauan aromatik, sentuhan, dan rupa MILO® secara langsung.
Berucap ketika pelancaran Trak MILO Goodness hari ini, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, saya begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO® Goodness yang akan menjawab soalan paling utama - Bagaimanakah MILO® dihasilkan? Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO® pada satu masa.
MILO® merupakan minuman malt coklat berkhasiat yang terkemuka di Malaysia dengan rasa ikonik kegemaran ramai. Dengan gabungan unik kebaikan barli malt, susu dan koko serta 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah memupuk generasi juara turun-temurun dengan tenaga untuk melangkah jauh. Selama lebih 70 tahun, MILO® telah membangun bersama Malaysia dan menjadi sebahagian daripada warisan sukan negara, bukan sahaja dari segi membekalkan nutrisi kepada atlet-atlet malah menyediakan platform untuk mereka berkembang dan berjaya melalui pelbagai program sukan akar umbi MILO®. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MILO® Malaysia di www.milo.com.my.
Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 180 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.
Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.