Terkini | New

PELANCARAN “SYOKPPING GILA-GILA” KEMPEN DAN MERAIKAN ULANG TAHUN ECO-SHOP YANG KE-20 TAHUN.

PELANCARAN “SYOKPPING GILA-GILA” DENGAN SATU HARGA, KEMPEN SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN ECO-SHOP YANG KE-20 TAHUN.

KEMPEN INI AKAN MENERAJUI USAHA ECO-SHOP UNTUK MENYEDIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PELBAGAI PRODUK ISI RUMAH YANG EKSKLUSIF.


Eco-Shop Malaysia mengumumkan pelancaran kempen “SYOKPPING GILA-GILA” Dengan Satu Harga di LRT Masjid Jamek hari ini bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 Eco-Shop.


Pelbagai produk inovatif dan menarik di bawah jenama sendiri (home brands) diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia pada harga yang tetap.


Untuk memupuk rasa cinta pada jenama Eco-Shop di hati rakyat Malaysia, akan berlangsung pameran dan aktiviti Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” dari 1 hingga 31 Julai 2023 di LRT Masjid Jamek. Ianya merangkumi beberapa siri acara dan aktiviti yang menarik bertujuan untuk mengetengahkan beberapa produk di bawah jenama EcoShop seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama.


Terdapat lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan oleh Eco-Shop. Ianya merangkumi pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing. Dengan lebih daripada 240 cawangan, pelanggan tidak perlu ke kedai lain kerana semuanya ada di bawah satu bumbung, pada satu harga tetap yang berpatutan.


Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Cik Jessica Ng memperkenalkan Eco-App dimana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop.


Pelanggan yang mendaftar akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, menikmati pelbagai faedah serta kemas kini terkini. Eco-App merupakan salah satu daripada 10 aplikasi beli belah yang popular di Malaysia, dengan keahlian semasa sebanyak 800 ribu.



Dua dekad yang lalu, Eco-shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia, dan hari ini, Eco-shop dengan bangganya meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20. “Kempen “SYOKPPING GILA-GILA" dengan Satu Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasihnya kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap mereka."



Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan sebolehnya tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40. Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya.



Untuk menambah keterujaan, peraduan Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” menawarkan sehingga RM100,000 nilai Eco-Coins untuk pemenang menebus hadiah pilihan mereka daripada kereta serba baharu kepada hadiah lain seperti Pakej Umrah untuk keluarga, Perjalanan percutian, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi. Kempen ini menjanjikan acara yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kerana Eco-Shop Malaysia terus mengorak langkah dalam berkhidmat kepada masyarakat dan menyediakan persekitaran mesra keluarga kepada pelanggan sejak dua dekad yang lalu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kempen Eco-Shop dan “SYOKPPING GILAGILA” dengan Satu Harga, layari: https://welcome.eco-shop.com.my dan https://sites.google.com/eco-shop.com.my/syokpping-gila-gila-tnc/home