Terkini | New

SAMBUT MERDEKA DENGAN LEBIH MERIAH BERSAMA MENU TERBAHARU TONY ROMA’S ‘PLATE TRIO-TIC’


Tony Roma’s menjemput rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan terbaharu di semua cawangannya yang kini disahkan halal oleh JAKIM


Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’. Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.


Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini boleh didapati bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s. Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa. Trio Feast Platter A (RM163.90++) menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan. 


Manakala Trio Feast Platter B (RM189.90++) pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola. Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++), Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.


Komited untuk Menghidangkan Hidangan yang Penuh Kepuasan dan Inklusif untuk Semua Rakyat Malaysia. Tony Roma’s Kini Disahkan Halal oleh JAKIM. Berbekalkan komitmen yang teguh untuk kualiti makananannya dan pengalaman inklusif buat pelanggan, Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.



“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma's Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini. Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi.


Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada pihak JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.


Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal. Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia. Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa. Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba!

Tony Roma’s ialah jenama ternama berasal dari Florida, Amerika yang kaya dengan legasinya merentasi lima benua. Sebagai salah satu jenama tertua dan terkemuka dalam industri, ia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, membolehkannya untuk terus berkembang ke pasaran global. Perluasan jenama ini turut tiba di Malaysia, di mana cawangan sulungnya telah dibuka di Sunway Pyramid pada tahun 2006. Sejak itu, Tony Roma’s telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan hidangan tulang rusuk, makanan laut, stik, dan hidangan istimewa yang lain, reputasi jenama ini kian melonjak di kalangan rakyat Malaysia. Menghidangkan layanan mesra dan suasana meriah, Tony Roma’s menjadi tempat yang digemari ramai untuk berkumpul dan meraikan detik-detik istimewa.

Penghantaran makanan dan pesanan bawa pulang tanpa sentuh (contactless takeaway) di Tony Roma’s boleh didapati di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. Ikuti berita terkini tentang tawaran, promosi, dan banyak lagi di Facebook Tony Roma’s (@TonyRomasMalaysia) dan ikuti Tony Roma’s di Instagram (@trmalaysia).

Sertai sambutan ini dan kongsikan pengalaman anda di hashtag #TonyRomasMalaysia dan #TimeforTR #platetriotic.