Terkini | New

WHALLO KINI TEMBUSI PASARAN SINGAPURA

WHALLO KINI TEMBUSI PASARAN SINGAPURA 


Sejak dilancarkan Ogos tahun lalu, Whallo yang merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran sejuk beku yang ditubuhkan oleh Parcelhub pada tahun 2022 ini mula meneroka Singapura bermula bulan ini. 


Ketua Pegawai Operasi (COO), Vincent Ho berkata Syarikat ini mula menerima banyak permintaan dari negara Singa itu dan ia merupakan peluang terbaik syarikatnya dalam meneroka pasaran Antarabangsa.

“ And recently we launch Whallo di Singapore, bulan 8 kita buat Whallo di Singapore, So how singapore, We think kita nak start kalau kita mahu membuka Whallo di Singapore (barangan sejuk) pertama adalah Kastam, kedua adalah masa, jadi kita uruskan semua perkara yang terlibat” Ketua Pegawai Operasi (COO), Vincent Ho.


Menurut Pengarah Urusan Komersial Whallo (Selatan), Mohd Arshadv Ahmad, Whallo bertujuan untuk menjadi sebuah syarikat penghantaran sejuk beku yang terbaik di seluruh rantau dan memenuhi permintaan negara jiran iaitu Singapura.

“Kami juga berusaha bagi membantu memperkasa rakan kongsi dengan inovasi dan teknologi terkini” Mohd Arshadv Ahmad Berpegang kepada visi "Love,Freshly Delivered"

 menurut Vincent, Whallo menerima permintaan bagi penghantaran barangan sejuk dan sejuk beku dari pelbagai peringkat pengguna, dari suri rumah, sehingga pengguna korporat dengan menggunakan kotak bersaiz kecil yang mampu memuatkan 30 kilogram barangan sehingga kotak yang lebih besar.


“ Then we start to think macamana kita nak tolong semua barang barang tempatan untuk posting, kita punya kaunter parcelhub we deal with semua domestic dan international semua, semua kaunter kita cover untuk bawa keluar barangan tempatan ke luar. Then we start to think bagaiman kita nak cover the whole peninsular Malaysia dan untuk next stage menhantarnya ke depan pintu rumah dalam tempoh 24 ja, sebab fresh item, dia tak boleh tahan lama” Vincent Ho.


Whallo memiliki 180 Ejen Parcelhub seluruh negara dan ia secara tak langsung memudahkan proses penerimaan bungkusan sekaligus memudahkan urusan penghantaran terus ke pintu rumah pelanggan dalam tempoh 24 jam.


“ Sebenarnya during MCO pemandu kita (Parcelhub) telah mula memasuki kampong-kampung dan Felda untuk bawa keluar ketupat, Keropok Lekor msemua dana pa yang penting sekarang kita telah punyai lori sejuk beku sendiri” “ Kami berharap dengan sokongan media juga dapat membantu kami memasarkan lebih banyak barangan tempatan untuk dipasarkan bukan sahaja di negara ini tapi juga negara luar” 


Namun menurut Vincent lagi, Syarikat itu kini turut membuka lebih banyak peluang kepada pemilik kedai runcit atau sesiapa yang memiliki keinginan dan fasiliti ruangan sejuk beku bagi menyertai mereka sebagai ejen dalam jangkamasa terdekat. Katanya, peluang itu dibuka bagi membantu lebih ramai pengusaha tempatan memasarkan produk sejuk dan sejuk beku mereka dengan lebih terjamin disamping meningkatkan pendapatan peniaga lokal seluruh negara. 

“ Walaupun ada beberapa syarikat atau penyedia perkhidmatan yang membuat penghantaran barangan sejuk atau sejuk beku, tetapi tiada lagi setahu saya yang membuat penghantaran pintu ke pintu secara menyeluruh” Vincent Ho Mendapat idea bagi membuka perniagaan penghantaran bungkusan barangan sejuk dan sejuk beku ini, menurut Vincent, dia bersama seorang rakan terfikir mengenainya semasa perintah kawalan pergerakan semasa pandemic covid 19 yang lalu.


Anak kelahiran Sekinchan ini mula terfikir bagaimana mahu mendigitalkan perniagaan sejuk beku terutama dari pembekal barangan segar dari laut agar dapat memasarkan produk itu secara lebih cepat bagi mengekalkan ketahanannya. Vincent pada waktu itu turut mahu membantu pengguna di rumah yang mahu menghantar barangan mudah rosak ini kepada keluarga yang mungkin tinggal jauh dan tidak boleh mendapatkan barangan tersebut sendiri. 


“ During MCO, kenapa ada Whallo, during MCO semua orang tak boleh keluar then we saw there is huge market barang sejuk. Saya dari Sekinchan, so I punya partner Brian juga dari Sekinchan, jadi bila ada ibu bapa nak hantar barang sejuk ikan ke seafood ke untuk anak cucu dia tak boleh. Kadang-kadang kita di bandar rindukan makanan di kampung-kampung tapi takde jual, mungkin ada tapi tak segar lagi contoh keropok lekor dari Terengganu atau ketupat dari Kelantan atau otak-otak dari johor .. jadi saya terfikir, why not kita wujudkan satu penghantaran makanan sejuk beku untuk beri sokongan kepada pengguna dan peniaga tempatan “ Vincent Ho. 

Atas inisiatif itu, Whallo diwujudkan dengan gabungan nama Whale + Logistic. Kerjasama dengan MCMC juga dibuat pihaknya bagi menambah nilai kebolehcapaian internet bagi tujuan mencipta lebih ramai pengusaha menceburi bidang jualan secara dalam talian (E-Commerce). Kini Whallo menerima tempahan 5 ribu hingga 8 ribu kotak setiap minggu dan boleh mencapai sehingga 20 ribu kotak sebulan dengan kermudahan 13 buah Lori sejuk beku dan gudang penyimpanan antara 5 hingga -18 darjah Celsius serta mampu memuatkan semua barangan yang diterima dari pelanggan. 


100 petugas Whallo bersedia menerima dan memproses penghantaran setiap pelanggan seluruh semenanjung Malaysia dari segi menerima pesanan sehinggalah menghantarnya kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam. Whallo sehingga kini banyak menerima barangan seperti sayuran, buah buahan, bunga serta makanan laut untuk Perkhidmatan Penghantaran barangan sejuk dan sejuk beku dari pintu ke pintu.

- Bungkusan sejuk (5ºc hingga 10ºc)
- Bungkusan sejuk beku (Kawalan suhu adalah sehingga -18ºc)


Vincent bagaimanapun mengakui, Whallo kini menyimpan hasrat bagi melebarkan sayap perniagaan mereka sehingga ke Sabah dan Sarawak berikutan tempahan yang diterima mereka dari 2 negeri borneo itu. Namun pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk kaedah penghantaran dan ruang penyimpanan kargo sejuk beku yang sesuai sebelum hasrat itu dapat dicapai dalam tempoh terdekat.




Untuk maklumat lanjut sila layari laman web https://whallo.com.my/home atau laman sosial media  di https://www.facebook.com/MYwhallo/ dan https://www.instagram.com/MYwhallo/