Terkini | New

Kempen Sepanjang Tahun Lyf Raja Chulan “kuala Lumpur Comes A-lyf”

Industri Pelancongan Di Malaysia Dijangka Terus Maju Bersama Kempen Sepanjang Tahun Lyf Raja Chulan “kuala Lumpur Comes A-lyf”


Lyf Raja Chulan, hotel terbaharu dalam koleksi hotel dan kediaman The Ascott Limited melancarkan 'Kuala Lumpur Comes A-lyf', kempen pelancongan selama setahun yang memberi tumpuan kepada warisan budaya yang kaya di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan lokasi warisan Kuala Lumpur dengan menganjurkan pelbagai acara bertema dan kebudayaan untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa di Lembah Klang. Pelancaran kempen ini diadakan bersempena Hari Kemerdekaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60. Acara ini telah dirasmikan oleh Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan Dalam Negeri & Acara, Tourism Malaysia.


"Lyf Raja Chulan telah mencetuskan idea yang bernas untuk memulakan kempen yang menyeronokkan dan interaktif ini, bukan sahaja untuk mempamerkan budaya, seni, dan tradisi negara tetapi juga untuk membantu peniaga tempatan yang bakal menyertai acara-acara yang dirancang bagi mempromosikan produk mereka dan mencipta peluang ekonomi. Kuala Lumpur Comes A-lyf adalah satu cara yang kreatif untuk mempromosikan pelancongan melalui acara kebudayaan, dan saya yakin bahawa kempen selama setahun ini akan membantu dalam meningkatkan jumlah pelancong untuk tahun ini dan juga memberi permulaan yang baik buat kami untuk tahun 2024," kata Mohamed Amin dalam ucapannya.


Lyf Raja Chulan menjemput mereka yang gemar meneroka Kuala Lumpur, tidak kira dari mana asalkan mereka mempunyai semangat untuk mengembara. Pelancong atau penduduk tempatan yang gemar mengunjungi Chinatown, Pasar Seni, dan Bukit Bintang pasti akan teruja kerana semua lokasi ini berdekatan dengan hotel tersebut. Kempen ini akan mempromosi tarikan tempatan di Kuala Lumpur, membolehkan pelancong menikmati dan mendidik diri mereka sendiri tentang tradisi dan budaya Malaysia melalui aktiviti, persembahan, makanan, dan ceramah. Pelancong yang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan, kebersihan, dan ruang perkongsian semasa melancong pasti akan menikmati Lyf Raja Chulan kerana mereka mengekalkan prinsip kebersihan yang baik.


“Acara ini bukan sahaja mempamerkan lyf Raja Chulan sebagai tempat penginapan yang menarik, tetapi turut memperkenalkan peniaga tempatan, terutamanya perniagaan kecil, yang akan kami libatkan untuk menyertai acara-acara kami,” kata Mondi Mecja, Pengurus Negara The Ascott Limited

Pasar lambak, bazar makanan, persembahan komedi dan festival muzik hanyalah beberapa acara yang boleh dijangkakan dalam menjayakan kempen ini. Untuk melihat sekilas apa yang bakal berlangsung, Yazmin Aziz tampil dengan sebuah persembahan yang memukau semasa acara pelancaran bersama dengan pembentangan acara akan datang oleh Pengurus Kediaman lyf Raja Chulan, Bob Yusof.


Pihak berkepentingan pelancongan dan perhotelan turut hadir untuk menyaksikan perasmian 'Kuala Lumpur Comes A-lyf'. Inisiatif ini bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada industri pelancongan tetapi juga meningkatkan perniagaan kecil tempatan seperti penjaja jalanan, restoran, muzium, agensi pelancongan, dan banyak lagi serta peluang untuk pelancong tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman bandar dengan menerokai permata yang tersorok di Kuala Lumpur. Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan banyak permata tempatan yang terletak di kawasan bukan komersial yang dipenuhi dengan lebih banyak budaya, tradisi dan warisan.


Lyf Raja Chulan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan hotel-hotel lain di bawah jenama The Ascott Limited bagi acara masa hadapan melalui kempen 'Kuala Lumpur Comes A-lyf' bagi menyediakan dan berkongsi pengalaman penginapan holistik yang merangkumi setiap aspek ibu kota. 

Lyf Raja Chulan tidak terhad kepada organisasi swasta untuk projek dan kempen masa akan datang, ia juga mempelawa mereka yang bersefahaman untuk menyumbang kepada usahanya di dalam meningkatkan industri pelancongan dan hospitaliti dalam menyambut Tahun Melawat Malaysia yang akan datang.

Facebook : lyf Raja Chulan Kuala Lumpur
Instagram : @lyf.rajachulan