Terkini | New

Nestlé Harvest Gourmet Melancarkan Majlis Bertema #LoveAtFirstBite untuk Memperkenalkan Konsep ‘Ladang-Ke-Pinggan’

Nestlé Harvest Gourmet Melancarkan Majlis Bertema #LoveAtFirstBite untuk Memperkenalkan Konsep ‘Ladang-Ke-Pinggan’


Nestlé Harvest Gourmet, sebagai jenama terkemuka dalam makanan protein tumbuhan di Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen bertema #LoveAtFirstBite pada hari ini. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan konsep unik dari ladang ke pinggan mereka melalui sebuah kisah cinta yang tidak hanya memberikan impak yang mendalam kepada negara, tetapi juga kepada alam sekitar, masyarakat, pemakanan, dan kesihatan secara menyeluruh.

Selain itu, Nestlé Harvest Gourmet turut memperkenalkan produk terbaharu dalam barisan makanan protein tumbuhan – Crispy Fish-Free Fingers. Ia merupakan sebuah pencapaian baharu dalam segmen makanan laut protein tumbuhan, dan tambahan gemilang kepada rangkaian produk unggulannya seperti Nuget, Kutlet, Burger, dan Makanan Tumis Cincang. Dengan cita rasa yang menggoda, snek yang begitu dinantikan ini penuh dengan sumber protein tumbuhan dari kacang soya dan gandum sertai gabungan bahan-bahan seumpama paprika, kunyit, dan minyak biji sesawi menambah kelezatan ini. Crispy Fish-Free Fingers bukan hanya menghidangkan rasa luar biasa dengan tambahan herba khas Itali seperti oregano dan daun rosemary, malah ia juga menjadi sumber protein dan serat yang luar biasa. Produk terkini ini juga bebas dari lemak trans, kolesterol, bawang merah, dan bawang putih, menjadikannya pilihan idaman bagi golongan vegan, vegetarian, dan semua golongan pada umumnya.


Rakan-rakan Nestlé Harvest Gourmet, termasuk Arwind Kumar, Dini Schatzmann, dan Qiu Wen, turut meneruskan majlis pelancaran ini dengan penampilan istimewa masing-masing. Mereka juga memulakan sesi 'Jom Sembang' yang merangkumi perbincangan menarik berkenaan 'Cara-cara Meraikan Rasa Cinta'. Acara seterusnya dimeriahkan lagi dengan penampilan mengejut daripada kumpulan artis tempatan yang menyampaikan lagu cinta yang iaitu ‘L-O-V-E yang memukau hati para hadirin. Para VIP juga turut menyertai dalam pelancaran #LoveAtFirstBite dengan mempamerkan tujuh hidangan kegemaran Nestlé Harvest Gourmet Malaysia. Hidangan-hidangan ini merangkumi Crispy Fish-free Fingers dengan Sos Asam Pedas, Golden Crispy Nuggets dengan Sos Kari Mayo, Chargrilled Sate, Nasi Lemak dengan Chargrilled Rendang, Buttermilk Kutlet, Sensation Rendang Burger, dan Kutlet Rempah Kari. Semua elemen ini turut menaikkan seri majlis pelancaran ini.


Catherine Yap, Ketua Solusi Makanan Tumbuhan Nestlé Malaysia & Singapura, berucap pada perasmian #LoveAtFirstBite hari ini menyatakan bahawa, “Kami menyedari trend peralihan ke arah makanan berprotein-tumbuhan dan kami berhasrat untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup fleksitarian. Perkara ini mendorong pihak Nestlé Harvest Gourmet untuk memperkenalkan produk Crispy Fish-Free Fingers, yang menawarkan rasa enak dan cara penyediaan yang mudah. Kami mengekalkan komitmen kukuh terhadap bahan-bahan semulajadi, memastikan setiap produk kami dihasilkan dengan keaslian dan kualiti yang tertinggi. Pelancaran segmen makanan laut ini juga meramaikan pelbagai pilihan protein tumbuhan, memberikan kepelbagaian kepada masyarakat Malaysia sambil memberi sumbangan positif kepada alam dan kesihatan negara.”

Pelbagai aktiviti menarik juga akan turut diadakan selama seminggu untuk para pengunjung #LoveAtFirstBite bagi menyambut rasa bangga rakyat Malaysia terhadap makanan, rasa, pemakanan dan kemampanan.

Pameran 4D Bertema ‘Ladang-ke-Pinggan’
Bersiap sedia untuk terpesona ketika anda melangkah ke pameran 4D bertema ‘Ladang-ke-Pinggan’ yabg mengasyikkan dengan visual dan kesan bunyi yang menggambarkan ketelitian penyediaan Crispy Fish-Free Fingers yang dibuat daripada bahan-bahan protein tumbuhan, kebanggaan pengeluaran tempatan, dan penguasaan resipi yang diperhalusi untuk selera rakyat Malaysia. Filem yang amat berinspirasi ini membawa pengunjung ke proses Nestlé Harvest Gourmet, bermula dengan gambaran visual alam semula jadi seperti ladang-ladang serta tanaman dan beralih ke Crispy Fish-Free Fingers telah tersedia untuk dihidang.


Pameran Makanan Kegemaran Malaysia
Sempena sambutan hari Merdeka ke-66, acara ini juga diadakan untuk mempamerkan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak dalam bentuk Jalur Gemilang gergasi yang dibuat dengan produk protein tumbuhan Nestlé Harvest Gourmet. Chef-chef Profesional Nestlé, Salihin dan Calvin juga turut menyediakan hidangan kegemaran tempatan seperti Sensational Burger Sambal Nestlé Harvest Gourmet dan Nasi Kerabu berlaukkan Crispy Fish-Free Fingers semasa majlis pelancaran hari ini.


Kafe Pop-up Masa Terhad Dengan Menu Istimewa Sambutan Merdeka
Jom singgah dan rasai hidangan berasaskan protein tumbuhan yang direka khas mengikut sajian kegemaran rakyat Malaysia demi meraikan semangat perpaduan dan cinta kita terhadap negara kita seperti Crispy Fish-free Fingers dengan Sos Asam Pedas, Nuget Golden Crispy dengan Sos Kari Mayo, Chargrilled Sate, Nasi Lemak dengan Chargrilled Sate, Kutlet Buttermilk, Sensational Rendang Burger dan Kutlet Rempah Kari.


Persembahan Istimewa Artis Tempatan
Sertai kami dan nikmati persembahan artis tempatan Resort, Airliftz, Leaism, Talitha Tan dan Jaie yang akan menyiarkan acara yang berlangsung selama seminggu dengan persembahan-persembahan nyanyian.

Nestlé's Harvest Gourmet menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta meraikan acara #LoveAtFirstBite dan rasai kenikmatan hidangan berasaskan protein tumbuhan lantas beralih kepada pilihan yang lebih sihat untuk diri sendiri dan alam sekitar.

Untuk info lanjut berkenaan #LoveAtFirstBite, layari https://www.harvestgourmet.my dan layari www.nestle.com.my http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.