Terkini | New

Pelancaran Outlet Terbaharu Telekung Rawdah Putra Height, Subang Jaya

Pelancaran Outlet Terbaharu Telekung Rawdah Putra Height, Subang Jaya

Telekung Rawdah adalah jenama pakaiaan pasaran Malaysia yang telah menapak selama 3 tahun lebih yang telah bermula pada masa covid 2020 lalu hinggalah sekarang.


Alhamdulillah, Pengasas Telekung Rawdah, Alia, Izzaty kini telah berjaya membuka outlet terbaharu ke dua Telekung Rawdah Putra Height, Subang Jaya manakala cawangan pertama di Melawati Mall.


Bermula dengan jualan dalam talian membuat telekung dalam jumlah 200 pasang mendapat sambutan dalam 2 minggu pertama sehinggalah sikit demi sedikit selepas covid beransur pulih mendapat permintaan bermula dengan cawangan pertama di Melawati Mall pada tahun lepas. Outlet Putra Height Subang Jaya baru sahaja buka seminggu dan melancarkan pembukaan bagi pengguna yang selalu membantu Telekung Rawdah sekitar Putra Height.



Telekung Rawdah kini telah berjaya menghasilkan 16 koleksi Telekung setelah hampir setahun melakukan kajian bahan kain yang sesuai untuk pengguna wanita. Untuk menghasilkan telekung yang berkualiti Telekung Rawdah berjaya menghasilkan telekung "Cotton Premium" yang mana dipasaran luar jika ingin menghasilkan telekung yang lembut dan nipis kain akan menjadi jarang dan jika tebal menjadi lebih berat. Kajian telah dibuat bagi mencari titik tengah dan berimprovisasi bagi mendapatkan bahan terbaik yang dihasilkan di kilang mereka sendiri.



Telekung Rawdah amat mementingkan keselesaan dan hiasan ukiran terjatuh ke bawah yang penting selesa dan memastikan pemakai dapat merasakan keselesaan dalam solat. 

Selain itu, Telekung Rawdah menjadikan platform sosial media bukan setakat menjual dalam masa yang sama mendidik pengguna pengguna di luar sana dengan ilmu kekeluargaan, emosi, sembang santai dalam bentuk didikan sama ada ilmu atau berlandaskan Islam tak kira siapa sahaja. Pengisian yang berunsur agama seperti fiqah akan berkolaborasi dengan seseorang yang tauliah dalam bidang agama.






Telekung Rawdah turut menghasilkan sulaman nama di Telekung dan kotak menarik sesuai untuk hadiah kepada yang tersayang. Bermula dengan harga Rm 79 pengguna dapat memiliki Telekung Rawdah dengan pelbagai ukiran untuk dipilih, yang penting ada lebih dari 40 warna untuk pilihan anda.





Sempena pembukaan outlet baru Telekung Rawdah HQ di Putra Heights, Subang Jaya. Pada tarikh 23 dn 24 September 2023 Telekung Rawdah memberikan 𝟮𝟬𝟬 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 untuk pembelian awal, 500 tudung percuma, tudung serendah RM5 dan pelbagai lagi hadiah menarik sempena promosi pembukaan.



Telekung Rawdah juga menyediakan peluang perniagaan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan bersama Telekung Rawdah.


Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media mereka di :
Laman web : telekungrawdah.com

Telekung Rawdah HQ di Putra Heights
16-1 Jalan Putra Mahkota 7/7a, Putra Heights, Subang Jaya, Malaysia
010-233 6670
telekungrawdah@gmail.com