TURKISH AIRLINES KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE 2023
TURKISH AIRLINES KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE 2023
Menara Kuala Lumpur sekali lagi akan menganjurkan 'KL Tower International Towerthon Challenge bagi edisi ke-21 pada 15 Oktober 2023 (Ahad). Dengan tema 'BEAT THE LIMIT', acara ini diadakan dengan tujuan untuk member peluang kepada para peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental serta mencabar diri untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur. Para peserta akan mendaki anak tanga sehingga sampai ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak kira-kira 288 meter iaitu sebanyak 1,576 anak tangga.
"Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan penaja utama kami pada tahun ini, iaitu Turkish Airlines. Seperti yang kita tahu, Turkish Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan terbesar di dunia. Oleh itu, kami amat berbesar hati dan gembira kerana Turkish Airlines sekali lagi akan bersama kami untuk tahun yang kedua", kata Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
"Untuk menyemarakkan lagi acara ini, kami ingin menjemput para peserta untuk merasai pengalaman ke Sky Deck dan Sky Box kami pada harga istimewa RM20.00/pax (harga biasa RM110.00 pax dan RM71.00/pax untuk pemegang MyKad). Peserta hanya perlu menunjukkan bib mereka di kaunter tiket untuk menikmati promosi ini pada hari acara tersebut", tambah beliau lagi.
Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 Oktober 2023, dan ianya dijangka akan menarik lebih daripada 3,000 peserta. Warganegara Malaysia yang ingin menyertai boleh menikmati harga istimewa 'EARLY BIRD' sehingga 16 September 2023 aitu RM90.00 (harga biasa RM160.00), manakala peserta antarabangsa juga boleh mendaftar sekarang pada harga RM120.00 (harga biasa RM240.00).
Terdapat 6 kategori yang akan dipertandingkan iaitu kategori Lelaki & Wanita Terbuka (umur 19 hingga 40 tahun), kategori Lelaki & Wanita Veteran (umur 41 tahun ke atas) dan kategori Remaja Lelaki & Perempuan (umur 18 tahun ke bawah).
Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM32,500.00 dan 100 peserta dengan catatan masa yang terbaik merangkumi 6 kategori tersebut berpeluang memenangi t-shirt 'FINISHER'. Lebih banyak hadiah dan barangan percuma akan diberikan kepada para peserta oleh rakan acara yang mengambil bahagian.
Antara para penaja acara 'KL Tower International Towerthon Challenge 2023' adalah Turkish Airlines sebagai penaja utama, dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan, Tourism Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat (BOMBA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disokong oleh DEI Global, Syauqi Group, Prime, citizen Hotel Kuala Lumpur, The Boom Bevlab, Starbucks, Jantzen, Garmin, KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, N8 Nutrition, Cool Rhino, FAMA, Nestle Ice Cream, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Nestle Lively Tea.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai acara 'Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2023', sila layari https://checkpointspot.asia/event/KL-Tower-Run.