Batik Fun Walk 2023 Sokongan Kepada Penyayang Pesakit Kanser
Batik Fun Walk 2023 Sokongan Kepada Penyayang Pesakit Kanser
Batik Fun Walk atau Jalan Kaki Riang Ria telah diadakan di Lanai , Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan oleh PENYAYANG bersama Rakan Strategik iaitu Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), dan MCM CoMetro 5 Pillars Venture. Program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ).
Batik Fun Walk adalah acara riadah bertujuan mempromosi Batik Malaysia sebagai warisan seni negara dan menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Batik Fun Walk adalah acara untuk semua peringkat umur dan sesuai untuk ahli keluarga. Tahun ini merupakan edisi ke - 18 penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2003.
Acara ini juga menggalakkan orang ramai memakai batik sebagai pakaian harian. Ini selaras dengan seruan kerajaan agar penjawat awam memakai batik ke tempat kerja. Tahun ini, para peserta berjalan melalui Persiaran Petronas, menjadikan Menara Berkembar Petronas yang ikonik sebagai ciri menarik dalam perjalanan, selain bangunan menarik lain di sepanjang laluan. Menampilkan Batik sebagai elemen warisan dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas , tentunya menjadi detik rakaman terindah buat semua.
Antara aktiviti menarik disediakan kepada peserta adalah seperti Permainan Tradisional - " Menganyam Ketupat , Baling Tin dan Timbang Tangkis " Kuiz Ceria dan Cabaran Kecergasan Cabutan Bertuah Persembahan daripada Artis Jemputan Lan Solo dan Sissy Iman.
Peserta berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer melalui Jalan Ampang , Jalan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee, Persiaran Petronas, dan kembali ke Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) .
Sokongan Kepada Penyayang Pesakit Kanser Kutipan yuran penyertaan Batik Fun Walk 2023 disumbangkan kepada Penyayang Pesakit Kanser (PPK). PPK merupakan sebuah kumpulan sokongan yang memberikan khidmat dan bantuan kepada pesakit kanser melalui " Positive Image " di Hospital Putrajaya , Institut Kanser Negara dan di Seri Kembangan . PPK turut bertanggungjawab atas program sukarelawan dan sokongan untuk para pesakit kanser dan keluarga mereka.