Kerjasama Wonda Coffee Dan Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam) Bagi Menyuntik Semangat Pasukan Bola Sepak Negara Dan Para Peminat
Kerjasama Wonda Coffee Dan Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam) Bagi Menyuntik Semangat Pasukan Bola Sepak Negara Dan Para Peminat
Ciptaan bersama Wonda Coffee — Kopi Wonda Extra Shot — mengambil inspirasi daripada Harimau Malaya bagi menyokong pasukan bola kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 di Qatar
Ciptaan bersama Wonda Coffee — Kopi Wonda Extra Shot — mengambil inspirasi daripada Harimau Malaya bagi menyokong pasukan bola kebangsaan menjelang Piala Asia 2023 di Qatar
Wonda Coffee, jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang membawa keenakan kopi seperti baru dibru dalam tin, kini melancarkan semula rangkaian Wonda Extra Shot, satu ciptaan bersama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan peminat bola sepak dan pasukan bola sepak Harimau Malaya.
Ciptaan bersama rangkaian Wonda Extra Shot, minuman kopi dengan kekuatan kopi berganda, akan menampilkan rupa tin unik terbaharu khas untuk Harimau Malaya. Pelancaran semula ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Wonda Coffee sebagai rakan jenama untuk meningkatkan lagi sokongan mereka terhadap pasukan bola sepak negara yang bakal bersaing di Piala Asia 2023 di Qatar.
WONDA, jenama yang tidak asing lagi bagi peminat bola Malaysia, telah aktif mempromosikan inisiatif berfokuskan bola sepak. Pada bulan Jun lalu, Wonda mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bersama dengan FAM bagi memartabatkan dunia bola sepak tempatan. Kerjasama bersama dengan FAM ini mencerminkan semangat dan komitmen mereka bagi menyatukan sokongan para peminat terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, dan menyemarakkan perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.
Tin kopi baharu bagi Wonda Extra Shot telah dilancarkan semula menjelang kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober. Pesta ini akan dimulakan dengan menyaksikan skuad bola sepak negara menentang India, satu perlawanan yang bakal mengukur keupayaan pasukan negara sebagai langkah persiapan menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar.