Terkini | New

MAJLIS MENANDATANGI PERJANJIAN KERJASAMA DIANTARA LUNCAI EMAS DAN UNIVRSE INTERACTIVE

MAJLIS MENANDATANGI PERJANJIAN KERJASAMA DIANTARA LUNCAI EMAS DAN UNIVRSE INTERACTIVE


UniVRse Interactive Sdn Bhd berbesar hati mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), bersama Luncai Emas Sdn Bhd bertajuk "A Collaboration In The Music Related Development For Empayar: The Melaka Chronicles Mobile Game”. Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan pada jam 4.00 tengahari sehingga 5.00 petang di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis dihadiri oleh wakil dari UniVRse Interactive Sdn Bhd, Encik Mohd Hezri Bin Amir, Ceo Univrse Interactive bersama rakan kongsi beliau, Norhaizat Bin Zainal Abidin, Ketua pegawai operasi Univrse Interactive berserta juga wakil dari Luncai Emas Dato’ Mohamad Nasir Bin Mohamad, Pengarah pengurusan Luncai Emas dan En Mohd Khirin Bin Omar, Pengarah Produksi Luncai Emas. " Majlis menandatangani MoU bersejarah ini telah berlangsung pada 29 September 2023,

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian yang saling menguntungkan antara Luncai Emas Sdn Bhd dan UniVRse Interactive Sdn Bhd, merangkumi pelbagai domain terutamanya dalam landskap hiburan Permainan & Digital. Pada masa ini, tumpuan pakatan ini adalah ke arah pembangunan berkaitan muzik untuk permainan “Empayar: The Melaka Chronicles” yang akan datang.

Luncai Emas Sdn Bhd, sebuah entiti terkenal yang diketuai oleh penyanyi, pemuzik, komposer, dan penulis lagu terkenal Malaysia, Datuk M. Nasir, telah ditubuhkan pada 5 Januari 1990. Selama bertahun-tahun, Luncai Emas Sdn Bhd telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat penerbitan muzik paling berjaya.

Manakala, UniVRse, ialah syarikat pembangunan permainan yang sedang meningkat naik yang dilengkapi dengan teknologi metaverse dan AI yang canggih. Penandatanganan MOU ini mewakili satu peristiwa penting dalam bidang hiburan dan pembangunan kandungan digital, dengan komitmen untuk bukan sahaja menyampaikan gabungan muzik dan teknologi yang luar biasa tetapi juga untuk mempamerkan dan mempromosikan budaya dan warisan Malaysia kepada khalayak global.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Datuk Ts. Fadzli Abdul Wahit, Ketua/Naib Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).