AEON Mall Melakar Sejarah Malaysia Book of Records Bagi Penyertaan Paling Ramai Memakan Nasi Daun Pisang
AEON Mall Melakar Sejarah Malaysia Book of Records Bagi Penyertaan Paling Ramai Memakan Nasi Daun Pisang.
AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang.
Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records.
AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro yang menyediakan nasi beralaskan daun pisang yang popular bagi masyarakat india di Malaysia.
Pengunjung yang tiba awal dapat menyaksikan hiasan dan membeli belah dari peniaga-peniaga booth untuk perayaan depavali yang bakal tiba tidak lama lagi seperti makanan keropok, heena, jualan pakaian dan hiasan sempena Depavali.
Majlis ini juga diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal datang dan para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian serta cenderamata untuk mereka yang penyertai majlis Jom Makan yang meriah kali ini.
Tahniah bagi satu lagi kerjasama yang menarik AEON Mall Rawang dan Bananabro yang turut menjemput kanak-kanak dari rumah kebajikan terdekat bagi memeriahkan majlis.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan laman sosial mereka di :
Facebook AEON Mall dan AEON Mall Rawang di https://www.facebook.com/AEONMallMY dan