DATUK JAMAL ABDILLAH BERAKSI DI MAKAN MALAM AMAL KASEH PLG & KONSERT MINI
DATUK JAMAL ABDILLAH BERAKSI DI MAKAN MALAM AMAL KASEH PLG & KONSERT MINI
Nama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah tidak perlu lagi diperkenalkan. Lagu-lagu dendangannya sentiasa menjadi siulan pelbagai generasi. Meem Planet Resources membawakan Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah yang akan berlangsung pada 22 Disember 2023 di Hotel Royale Chulan Seremban.
Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini ini dilhamkan oleh Yang Berbahagia Dato' Abdullah Ghani bin Kasim. Pengarah Program, Norhalim Norsip berkata, nilai relevan Datuk Jamal sebagai Raja Pop tentunya amat bersesuaian dengan tema majlis makan malam amal ini.
"Datuk Jamal Abdillah dipilih kerana ianya mash relevan didalam industri musik tanah air. Tidak dinafikan, status Raja Pop merupakan daya penarik bagi kita menganjurkan majlis ini yang mana tujuan asanya adalah ingin mengumpul dana bagi gerakan kerja-kerja kebajikan," katanya.
Memilih lokasi di luar Lembah Klang, acara Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah ini juga akan turut menjadi tanda penghargaan buat peminat legenda ini dari selatan tanah air.
"Ramai sedia maklum bahawa kebiasaannya Lembah Klang akan menjadi tumpuan, dan mungkin ramai terlepas pandang bahawa sudah lama Datuk Jamal Abdillah tiada persembahan yang besar di Seremban. Bagi menghargai sokongan peminat di selatan tanah air, maka Seremban dipilin sebagai lokasi pada kali ini," katanya.
50 peratus daripada keuntungan bersih penjualan meja akan disalurkan ke Pusat Tahfiz dan beberapa lagi NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat. Sebahagian daripadanya juga akan disalurkan juga ke Tabung Bantuan Palestin.
Harga Tiket:
Bronze Table: RM4,000
Silver Table: RM8,000
Gold Table: RM10,000
Platinum Table: RM15,000
Pembeli juga boleh membeli tiket secara individu dengan harga serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat).
Pembelian boleh dibuat melalui panggilan telefon:
013-2777009 Kamal / 019-6081325 Haiqal / 019-6081326 Ziera
011-10751801 Syeida / 012-3330938 Manja