MOMAwater dan Neelofa Berganding Bahu Galakkan Pilihan Hidup Sihat
MOMAwater dan Neelofa Berganding Bahu Galakkan Pilihan Hidup Sihat
MOMAwater, jenama yang terkenal dengan komitmen terhadap ketulenan, membuat pengumuman penting mengenai perkongsian strategiknya dengan Neelofa, seorang pempengaruh terkenal, pelakon dan usahawan berjaya. Kerjasama ini merupakan langkah utama ke arah mempromosikan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan mencerminkan dedikasi kuat Neelofa terhadap gaya hidup sihat.
Wajar disebutkanbahawa Neelofa dan keluarganya telah lama menjadi pengguna setia MOMAwater, sekaligus menggariskan objektif dan sinergi antara kedua-dua pihak.
Gandingan Neelofa dengan MOMAwater mencerminkan komitmen beliau yang mendalam untuk menggalakkan orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi, kepercayaan keluarganya terhadap MOMAwater mengukuhkan lagi reputasi cemerlang jenama ini sebagai pilihan penghidratan yang tulen dan murni. Kerjasama ini mewakili visi bersama Neelofa dan MOMAwater dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan berinformasi ke arah amalan penghidratan yang baik untuk kesihatan.
Kempen "Jom Minum MOMA Bersama Neelofa!", satu usaha sama oleh Neelofa and MOMAwater, bertujuan untuk mengajak individu mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan menjadikan MOMAwater salah satu rutin harian mereka. Kempen ini dijadualkan bermula 1 November 2023 hingga 30 April 2024, memberikan orang ramai satu tempoh yang panjang untuk mengenali jenama ini dan memahami mesej yang disampaikan.
Salah satu inti pati utama kerjasama ini adalah pengenalan label MOMA x Neelofa. Satu insignia eksklusif yang direka khas untuk kempen ini, sebagai lambang kepada kerjasama unik MOMA X Neelofa.
Sepanjang tempoh kempen, pengguna berpeluang membeli botol edisi terhad yang dihiasi dengan label unik yang menandakan satu bab istimewa dalam kerjasama berterusan antara MOMAwater dan Neelofa. Label ini bukan sahaja menandakan dedikasi jenama untuk mempromosikan kehidupan yang lebih sihat tetapi juga cara untuk pengguna menjiwai nilai dan matlamat perkongsian yang penuh sinergi ini.
Menerusi kempen ini juga, pengguna berpeluang memenangi salah satu daripada 3000 selendang MOMA x Neelofa Twilly eksklusif, yang diinspirasikan sendiri oleh Neelofa. Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli produk MOMAwater bernilai RM60 atau lebih dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web MOMAwater, atau dengan mengimbas kod QR pada botol berlabel MOMA x Neelofa atau barangan jualan berkaitan kempen tersebut di kedai-kedai terlibat.
Sementara itu, jika anda lebih suka membuat pembelian dalam talian, anda bertuah! Untuk kemudahan pembeli dalam talian, sebarang pembelian produk MOMAwater dengan jumlah nilai RM60 atau lebih daripada Shopee [shopee.com.my/momaspace] akan secara automatik melayakkan anda menyertai Cabutan Bertuah.
MOMAwater, yang boleh didapati dalam pelbagai saiz (300mL, 500mL, dan 1500mL), menawarkan tahap ketulenan yang tiada tandingan. MOMA menjalani proses penulenan yang teliti, termasuk penggunaan rawatan UV dan ozon, memastikan ia kekal bebas daripada bahan cemar atau bahan kimia. Komitmen.terhadap ketulenan ini membezakan MOMAwater, seterusnya memberikan pengguna pengalaman penghidratan yang benar-benar murni.
Pengaruh MOMAwater melangkaui tanah kelahirannya di Malaysia; ia telah menggembangkan kehadirannya ke beberapa negara, termasuk Australia, Brunei, China, Jepun, Singapura dan tidak lama lagi, Indonesia. Jangkauan antarabangsa ini menekankan dedikasi MOMA terhadap kecemerlangan dalam bidang penghidratan, menjadikannya jenama yang diiktiraf dan amat dipercayai sehingga merentasi sempadan.
Kempen "Jom Minum MOMA Bersama Neelofa!" ini menjemput semua lapisan masyarakat untuk menerima cara hidup yang lebih sihat. Dengan membeli produk MOMAwater bernilai RM60 atau lebih dalam satu transaksi, anda berpeluang menyertai dan memenangi salah satu daripada 3000 selendang MOMA x Neelofa
Twilly eksklusif.
Untuk maklumat tambahan tentang kempen ini, sila layari laman web rasmi di momawater.com