Pelancaran Buku Lensa Disebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia Terbitan Aron Koh
Pelancaran Buku Lensa Disebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia Terbitan Aron Koh
Buku dihasilkan Penerbit Filem Malaysia Aron Koh, menerusi pengalaman penerbitan File selama lebih 18 tahun dalam industri.
Garapan pengalaman dan pandangan beliau diterjemahkan sebaik mungkin agar dapa memberi manfaat terutama kepada penggiat industri (pendatang baharu atau golonga muda) bagi membantu menghasilkan karya yang lebih baik.
Ia sekaligus dapat digunakan bagi tujuan pendidikan kepada mereka yang berminat dalam industri perfileman Malaysia agar dapat memahami peraturan industri, menganalisis proses pembikinan filem dan mengenalpasti faktor kejayaan sesebuah filem, sebagai serta adaptasi trend industri pasca pandemik.
Aron berpengalaman sebagai pengurus besar Akademi Filem dan TV Limkokwing pensyarah kanan Produksi Filem dan TV, dan ramai pelajarnya kini turut berkecimpun dalam industri perfileman.
Buku ini meringkaskan pengalaman lebih 18 tahun Aron dalam industri, yang banyak mengaitkan karyanya sendiri dan contgoh-contoh lain untuk menerangkan proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan faktor kejayaan sesebuah filem.
Beliau yakin buku ini dapat memberi inspirasi dan pandangan kepada Pembuat Filem baru atau pendatang baharu dalam industri perfileman yang sedang menunggu peluang serta pendedahan kepada pembuat filem luar negara tentang industri perfileman dalam Malaysia.
Dalam pada itu, Lomo Pictures Sdn Bhd turut memperkenalkan 4 projek terbaharu terdiri 4 Filem dan 1 Documentari yang bakal ditayangkan tahun hadapan.
Barisan Filem dan Dokumentari Lomo Pictures 2024
Tiga Adiwira
Pada tahun 2277, dalam dunia di mana “Guardian Runners” dilahirkan dengan kuasa unik, Adi, Kaira, dan Aishah adalah sahabat zaman kanak-kanak yang dibesarkan untuk mengejar kecemerlangan dalam sukan. Didorong oleh persaingan, mereka mencabar satu sama lain untuk menentukan siapa pejuang sebenar.
Namun persaingan mereka berdepan cabaran apabila mentor kesayangan mereka, Guru Shaukat, hilang secara misteri. Mereka akhirnya berjaya menemukan plot jahat. Diktator zalim, Dr. Itan, yang sedang menyedut tenaga “Guardian Runners” untuk mencipta Mythical Beasts yang menakutkan untuk kejohanan maut. Demi menyelamatkan dunia, kumpulan sahabat ini mesti mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu bagi menyelamatkan Guru Shaukat. Mereka bertembung dengan lawan yang hebat - Pasukan Singa dan Pasukan Harimau Putih. ketika Adi, Kaira, dan Aishah mengetahui sejauh mana kekuatan dan ketentuan, mereka berdepan perjalanan bahaya untuk melindungi dunia daripada kehancuran.
Syaitan Nirajjim
SUFYAN (50 tahun) adalah seorang doktor pakar pembedahan, manakala isterinya pula MIRA (47 tahun) adalah seorang penulis novel fiksyen – dan kedua-dua mereka sangat berjaya dengan kepujian tertinggi di dalam bidang masing-masing. Mereka mempunyai dua orang anak, iaitu AMY (16 tahun) dan ADA (10 tahun). Keluarga ini adalah keluarga yang moden, dan tidak hiraukan agama dan ilmu akhirat – menyebabkan mereka menjadi tidak percaya dengan yang ghaib.
USTAZ FALAQ (70 tahun) adalah seorang bekas polis, serta pengamal ilmu perubatan islamik secara turun temurun. Anaknya, ANNAS (38 tahun) adalah seorang pemegang ijazah dalam bidang perubatan psikologi dan sakit mental.
Annas, kerana mempelajari ilmu dunia dan ilmu sains, dia menjadi kurang percaya dengan kewujudan entity ghaib serta gangguan – kerana dia percaya kebanyakan kes “gangguan” hanya merupakan masalah sakit mental. Tetapi kerana janji Annas kepada ibunya yang telah meninggal dunia ketika dia muda lagi untuk menjaga bapanya selepas ketiadaan ibunya – Annas tidak lagi mengejar kerjaya dalam bidang psikologi, dan secara tidak rela mengambil tempat bapanya untuk menjadi pengamal perubatan Islamik – sambil menjaga bapanya yang kini sedang uzur dan tidak larat lagi untuk membantu orang.
Pada suatu hari, oleh kerana sifat riak Sufyan yang terlalu yakin dengan kebolehannya – dia memutuskan membuat pembedahan pada pesakit yang sudah tua, melawan kehendak warisnya. Pembedahan tersebut mengalami komplikasi dan pesakit tersebut meninggal dunia. Warisnya begitu marah terhadap Sufyan. Mira juga, pada masa yang sama, sedang mengejar Tarikh akhir untuk menghantar draft pertama novel terbarunya, atas permintaan penerbit, untuk menulis sebuah buku novel genre seram Islamik. Namun semuanya mula berubah untuk keluarga Sufyan. Hubungan Sufyan dan isterinya semakin renggang, Sufyan dan Mira menjadi semakin bengis terhadap anak-anak mereka, dan anak-anak mereka mula mengalami gangguan. Apabila Ada jatuh sakit, dan tiada perubatan moden dapat membantunya, Sufyan akhirnya mengalah dan meminta bantuan daripada Annas untuk memeriksa. Adakah benar keluarga Sufyan mengalami gangguan? Atau adakah Ada hanya mengalami masalah kesihatan mental? Jika benar gangguan, apakah sumber nya? Adakah Annas bakal jumpa jalan yang benar, dan mengikut jejak langkah bapanya, Ustaz Falaq untuk mengikut seruan membantu mereka yang memerlukan? Pengembaraan ini bakal mengubah hidup keluarga Sufyan, serta Annas buat selamanya.
Dokumentari “Asean Horror”
Spirits of the east ialah siri dokumen menarik yang terdiri daripada empat episod berdurasi 52 minit setiap satu dan satu episod lagi menampilkan dokumentari '90 minit yang meneroka karya ber genre seram di pawagam Asia Tenggara.
Setiap satu episod akan memberi tumpuan kepada satu-satu negara (Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) Di mana rakaman ini menemui pembuat filem, pelakon dan pakar yang berkongsi pandangan dan pengalaman mereka tentang karya seram tempatan.
Elemen seram sangat berkait rapat dengan warisan, kepercayaan dan legenda Asia Tenggara, dan mengalami semacam suatu kebangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan sehingga mendapat tempat di dunia pawagam.
The Missing Child
Wu Xiaoya ialah hos rancangan ‘online’ China , 'Supernatural Truth Revealed' yang menyiasat dan mendedahkan peristiwa ghaib yang diperolehi daripada penonton, manakala suaminya Yang Zhen Hua adalah penerbit program itu. Untuk mendapatkan lebih banyak kandungan baharu untuk rancangan mereka, mereka memutuskan untuk kembali ke Kampung halaman Wu Xiao Ya, di Kelantan Malaysia, satu tempat yang penuh dengan cerita-cerita legenda. Kedua-duanya ditemani seorang Youtuber yang juga sepupu Wu XiaoYa, Liu Li. Ketiga mereka kemudian mengembara ke Kelantan untuk menemui lebih banyak kejadian-kejadian ghaib.
Mereka kemudiannya menemui sebuah rumah dengan cerita '3 hari laknat’ di mana orang yang masuk ke dalam rumah akan berakhir dengan kematian dalam masa 3 hari. Semasa proses ini berlangsung, mereka bertiga seringkali berdepan roh yang luar biasa dan kejadian aneh itu membuatkan Wu Xiaoya menghadapi perhubungan yang tidak tertanggung dengan arwah ibunya lagi. Di samping itu, ia juga membolehkan Yang Zhenhua dan Liu Li menyelami perasaan yang mendalam.
Mencari semula erti “Kanak-kanak yang hilang”, dan mencari semula definisi tentang "pertumbuhan" dan mengejar. Sama seperti moto Wu Xiaoya dan Yang Zhenhua dalam rancangan itu, "Jika ada hantu dalam hati anda, maka anda ditakdirkan untuk dibuli oleh hantu."Mereka akhirnya keluar dari belenggu hati mereka dan bergerak ke peringkat seterusnya dalam kehidupan.