Terkini | New

Sidang kemuncak Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) 2023

Tindakan terhadap Environmental, Social and Governance (ESG) dalam era ketidaktentuan  dan transformasi

Sidang kemuncak Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) 2023 yang pertama kali diadakan menyediakan landasan unik untuk delegasi bertindak melakukan transformasi lanjutan dan mencapai masa depan mampan, berdaya tahan dan saksama untuk perniagaan dan generasi akan datang.



Transformasi utama dalam bidang iklim, makanan dan pekeliling perlu berlaku bagi menangani environmental, social and governance (ESG) dalam era ketidaktentuan kini.

Ahli majlis ACES Dr Jayanthi Desan berkata tindakan terhadap ESG perlu berdasarkan pelbagai cabaran pada tahun 2024 termasuk pertumbuhan ekonomi makro yang semakin merudum dan kesan geopolitik.

“Dalam iklim, perjalanan kami sudah bertahun lamanya dan kini tiba masanya untuk melakukan pelaburan oleh syarikat yang komited kepada skop 1 dan 2 pengeluaran karbon untuk merangsang teknologi dinyahkarbon.

“Dalam sektor makanan, jelas sekali ia memerlukan sistem pemakanan sihat, mampan dan berdaya maju dari segi ekonomi. Namun kami masih jauh daripada mencapai objektif ini. Bagaimana kami boleh mencipta pelaburan yang tepat ke arah ini?” kata Jayanthi dalam ucap utamanya di sidang kemuncak ACES 2023 yang diadakan buat pertama kalinya tahun ini.


Jayanthi yang juga rakan pengurusan syarikat kelestarian Aubrens, berkata bidang ketiga iaitu pekeliling, yang memerlukan perhatian, adalah strategi utama untuk diterima pakai sebagai konsep iaitu rangkaian bekalan mampan, bahan serta corak baru yang menggunakan sumber dan tenaga yang kurang.

“Jika kami berbuat demikian, kami boleh melakukan satu perubahan dalam semua bidang dan kami optimistik detik ini mampu dicapai.


“Kami boleh maju. Adalah tanggungjawab kami sebagai pemimpin dalam organisasi dan planet ini untuk melakukan perubahan sementara kami masih mempunyai masa dan saya mengalu-alukan perbincangan hari ini yang akan merungkai lanjut penyelesaian yang kami harapkan,” tambah beliau.

Sidang kemuncak ACES diadakan bersempena Anugerah Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) yang dijadualkan sehari selepas sidang kemuncak terbabit iaitu pada 24 haribulan November.


Bertemakan “Bertindak terhadap ESG Asean: Satu visi untuk kemajuan mampan,” harapan delegasi dan ahli sidang kemuncak termasuk minat dalam memajukan usaha ke arah mencapai pelepasan sifar bersih, minat dalam merangsang agenda perniagaan Asia dan keinginan untuk melakukan kesan positif serta melibatkan diri dalam sesi persidangan secara aktif.




Dalam mengalu-alukan delegasi, pengerusi sidang kemuncak ACES Luis Bueno berkongsi beberapa amalan ESG di Eropah dan bagaimana syarikat Asia boleh memajukan amalan ini dengan mencontohi kisah kejayaan dan permintaan rangka kerja perundangan di seluruh dunia.

Sementara itu, presiden majlis ACES, Shanggari Balakrishnan berkata keseluruhan ekosistem dibangunkan supaya usahawan dan perniagaan boleh belajar daripada golongan pakar.




“Kami mempunyai senarai pemenang yang menghubungi kami semula. Pemenang terbabit adalah mereka yang percaya untuk berkongsi ilmu dan wawasan berdasarkan pengalaman mereka sendiri, dan mereka membentuk sebahagian daripada pemenang dalam ‘ACES Circle’ yang secara sukarela menjadi penyampai atau ahli panel di acara kami,” kata Shanggari.

Sidang kemuncak bermula dengan perbincangan panel bertajuk, “Pemboleh utama untuk transformasi mampan” yang memberi tumpuan terhadap pendekatan yang diambil oleh industri yang berbeza dalam merangsang transformasi mampan dan pengurusan perniagaan yang didorong tujuan.


Perbincangan meja bulat merangkumi pelbagai kategori termasuk inovasi dan teknologi, pembiayaan dan pelaburan serta modal insan.

“Bagaimana perniagaan mengubah model masing-masing kepada ekonomi pekeliling? Apakah peranan teknologi berinovatif, dalam menjejak serta mengurangkan jejak karbon dalam rangkaian bekalan?



“Inilah antara isu yang dibincangkan dan dalam pembiayaan iklim, perbincangan bertumpu kepada struktur pembiayaan yang baru dan berinovatif yang sesuai dengan konteks ASEAN.


“Bagi modal insan, kami memberi tumpuan kepada pendekatan yang baru dan berinovatif terhadap pelaburan masyarakat, termasuk peranan perkongsian, ukuran kesan dan meningkatkan skala program yang berjaya, selain meningkatkan semangat bakat untuk merangsang agenda mampan,” kata Shanggari.


Sidang kemuncak terbabit berakhir dengan perkongsian hasil perbincangan meja bulat yang akan dirangkum sebagai laporan sidang kemuncak.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.acesawards.com/aces-summit-2023/