Spritzer So Tinge! YouthTopia, "Unlock Imaginasimu" Meraikan Keseronokan di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang
Spritzer So Tinge! YouthTopia, "Unlock Imaginasimu" Meraikan Keseronokan di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang
Festival Kemuncak Menaiki Belon Udara Panas Selama 2 Hari
SPRITZER BERHAD bersedia untuk mengubah landskap Bandaraya Kuala Lumpur menjadi taman permainan kreativiti dan ekspresi diri dengan pelancaran festival belia yang menarik, “So Tinge! YouthTopia, Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang.
Kemuncak festival ini ialah menaiki Belon Udara Panas yang menjadikan festival hujung minggu sebagai kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan dan pengalaman menyeronokkan.
Sebagai permulaan festival, peserta akan mengapung di atas kota dan diberi kesempatan untuk “mengangkat diri mereka". Festival ini menggalakkan pengunjung untuk menyerlahkan sisi suka bermain mereka dengan pelbagai aktiviti yang dinamik, termasuk pameran cosplay yang menarik perhatian, persembahan secara langsung oleh kumpulan remaja berbakat, persembahan sensasi dari kumpulan pop-rock, Insomniacks.
Encik Kenny Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer Berhad, berkata, “Festival ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan bebas penilaian bagi pengunjung untuk meneroka, merasai, dan mengekspresikan diri. Melalui festival ini, kami berharap dapat memberi pengunjung platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti dalam suasana yang penuh dengan keseronokan.”
"Melalui festival ini Spritzer berharap dapat menyuntik semangat baru kepada generasi muda dengan menyediakan platform bagi mereka untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dalam suasana yang penuh keceriaan."
Festival dua hari itu berlangsung dari 25-26 November 2023 mulai 11:00 pagi hingga 10:00 malam lengkap dengan aktiviti yang menyeronokkan, seperti menaiki belon udara panas, live band, momen instaworthy dan So Tinge! barisan minuman iaitu soda buah yang dibuat daripada air mineral semulajadi Spritzer.
Hari pertama 25 November, termasuk Belon Udara Panas, live band oleh Insomniacks, Youth Live Bands, Street Graffiti oleh pelbagai artis, Fun Fair Games, Food Bazar, Flea Market dan So Tinge! Fruity Bar untuk menghilangkan dahaga pengunjung.
Manakala pada hari kedua, 26 November, keseronokan diteruskan dengan Hot Air Balloon, Kpop Random Play Dance, Peraduan Cosplay, Fun Fair Games, Food Bazaar, Flea Market dan So Tinge! Creative Bar di mana peserta boleh menikmati citarasa mereka dalam gabungan minuman berperisa yang unik.
Spritzer menjemput remaja untuk tampil berani dalam berekspresi, untuk menjadi diri mereka yang sebenar dan menggunakan imaginasi di So Tinge! Youthtopia yang bebas penghakiman selama dua hari!
Festival Spritzer So Tinge! YouthTopia, "Unlock Imaginasimu" dan rasai selera pengunjung dengan soda buah yang menyegarkan yang dibuat dengan air mineral semula jadi.
Untuk maklumat lanjut tentang So Tinge YouthTopia, layari https://myc.my/sotingeyouthtopia.
Abadikan pengalaman Instaworthy anda So Tinge YouthTopia, www.instagram.com/spritzer.sotinge/.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Spritzer, layari laman web di www.spritzer.com.my.